fbpx

Harga mengancam untuk tempahan awal iPhone Xs di Malaysia

Penantian peminat Apple di Malaysia kian berakhir apabila laman rasmi Apple Malaysia kini dikemas kini tentang maklumat penjualan iPhone terhebat, iPhone Xs dan juga iPhone XR.

Apple Malaysia membuka tempahan iPhone XR, XS dan XS Max bermula jam 3.01 petang, pada hari Jumaat ini 19 Oktober 2018. Berikut adalah harga jualan rasmi kesemua iPhone yang dilancarkan baru-baru ini:

  • iPhone Xs 64GB – RM4,999
  • iPhone Xs 256GB – RM5,699
  • iPhone Xs 512GB – RM6,649
  • iPhone Xs Max 64GB – RM5,399
  • iPhone Xs Max 256GB – RM6,099
  • iPhone Xs Max 512GB – RM7,049
  • iPhone XR 64GB – RM3,599
  • iPhone XR 128GB – RM3,849
  • iPhone XR 256GB – RM4,299

Untuk perbandingan harga, iPhone X dijual di Malaysia dalam dua kapasiti storan iaitu 64GB dan 256GB, masing-masing pada harga RM5,149 dan RM5,899. Dapat diperhatikan yang harga permulaan untuk iPhone Xs kini lebih rendah berbanding iPhone X semasa pelancarannya.

Sebanyak tiga varian yang boleh anda pilih kali ini mereka ialah:

  1. iPhone Xs
  2. iPhone Xs Max
  3. iPhone XR

Xs dan Xs Max adalah dua telefon yang memiliki spesifikasi yang hampir setara. Beza antara keduanya adalah pada saiz skrin dan kapasiti bateri yang dimilikinya. Xs Max, seperti namanya memiliki paparan  6.5″ manakala Xs ada paparan 5.8″.

Untuk kapasiti bateri, iPhone Xs Max diperkasa bateri 3,174mAh manakala Xs hanya dibekalkan bateri 2,682mAh. Dalam ekosistem Android, bateri dengan kapasiti itu dianggap kerdil tapi kecekapan CPU serta sistem operasi iOS pastinya menjadi penyembuh pada penyakit bateri kecil itu.

iPhone XR pula adalah versi “lite” kepadaXs.  iPhone XR pula adalah versi “lite” kepada Xs. Tapi ia tetap dikuasakan CPU terhebat Apple iaitu Bionic A12. Bezanya adalah ia hadir dengan paparan HD 720p sahaja tapi memiliki saiz lebih besar berbanding Xs iaitu 6.1″.

BACA  ROG Phone II: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Pada bahagian kamera, ia menggunakan konfigurasi ekakamera 12MP dan kamera depan 7MP. Telefon ini dibekalkan bateri 2,942mAh.

Untuk maklumat lajut berkaitan iPhone Xs dan iPhone Xs Max, anda boleh layari laman rasmi produk.