• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perayauan internet percuma di 41 negara dengan Yoodo

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 16/10/2018
  • Komen
Perayauan internet percuma di 41 negara dengan Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Roaming atau perayauan internet luar negara sering menjadi mimpi ngeri dek kerana harganya yang agak mahal, atau kejutan bil terlampau, serta kuota yang sedikit. Tetapi semakin hari semakin banyak perayauan internet yang murah ditawarkan.

Yoodo, sebuah penyedia rangkaian prabayar hibrid turut menawarkan pelan perayauan data yang agak menarik. Dengan RM10 sehari, anda boleh menggunakan kuota data Yoodo di Malaysia ke 12 negara menerusi tawaran Roam Like Home (RLH).



Baru-baru ini Yoodo meluaskan lagi perayauan internet RLH mereka ke 41 lagi negara baru. Lebih menarik lagi, ia kini ditawarkan secara percuma, tak perlu bayar RM10 sehari.

Ini kerana ia masih dalam peringkat BETA dan Yoodo mahu pengguna mencuba dan memberi maklum balas tentangnya. 41 negara tersebut bersama rakan telekomunikasi Yoodo adalah seperti berikut:



Untuk mengaktifkannya, lancarkan aplikasi Yoodo dan pergi ruangan Roaming/IDD dan pilih negara yang diingini. Menariknya, perayauan internet ini dikira 24 jam dari waktu ia diaktifkan, bukan mengikut masa tengah malam bandar negara tersebut.

Yoodo masih lagi menawarkan RM20 kredit percuma untuk pelanggan baru, serta promosi 20GB data pada harga RM20 sahaja. Jadi aktifkan kad sim Yoodo, terima RM20 dan boleh beli 20GB data. Kemudian, boleh gunakan 20GB ini di dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca FAQ Perayauan Internet Yoodo dan tambahan 41 negara perayauan internet.

Tags: PerayauanPerayauan DataPerayauan InternetRoamingyoodoYoodo Roaming
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Perayauan internet percuma di 41 negara dengan Yoodo

Perayauan internet percuma di 41 negara dengan Yoodo

16 October 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN