fbpx

Rekarnasi Palm Hadir Dalam Bentuk Yang Mengelirukan

Sebelum era Android dan iOS, Palm adalah nama yang berlegar-legar dalam habitat peralatan telekomunikasi. Ia boleh dianggap sebagai prekursor kepada telefon pintar moden. Tidak mampu berasing dengan pendatang yang lebih moden, Palm pupus.

Tapi jenama Palm kini adalah hak milik TCL Corporation, pihak yang sama bertanggung jawab memberi nyawa baru pada Blackberry dan mereka melakukan perkara yang sama untuk Palm apabila melancarkan Palm Phone di A.S.

Apa yang mengelirukan adalah ia cuma ada paparan 3.3″ dan memiliki saiz sekitar kad ATM anda. Susah nak letakkan ia dalam kalangan telefon ataupun jam tangan pintar kerana ia turut hadir dengan aksesori pendakap lengan untuk memegang Palm Phone semasa beraktiviti.

Yang menariknya, telefon ini kalis air pada tahap IP68 dan amat sesuai dijadikan peranti sekunder yang berada di samping peranti utama. Contohnya, anda boleh gunakan untuk menjejak aktiviti berbasikal anda seperti Garmin Edge tapi kelebihan Palm Phone adalah ia adalah Android.

Masalah awal tentang Palm Phone adalah ia berharga USD350 (RM1,450) dan yang kedua, ia masih belum dijual di luar pasaran A.S.

Spesifikasi Asas

Paparan3.3" HD
PemprosesSnapdragon 435
RAM3GB
Storan32GB
Sistem OperasiAndroid 8.1 Oreo
Kamera belakang12MP
Kemera depan8MP
Bateri800mAh

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Stor fizikal terbesar Taobao di Malaysia akan dibuka tahun ini