Promosi Tablet Samsung Berlangsung Dengan Potongan Sehingga RM200

Berita baik untuk anda yang sedang mencari tablet untuk kegunaan seharian. Samsung kini melanjutkan promosi pembelian tablet mereka bagi menghargai pelanggan yang menunjukkan sokongan padu semasa Tab Merdeka Promo 2018.

Promosi yang dilanjutkan sehingga 4 November 2018 itu menyediakan beberapa model tablet terpilih pada potongan harga sehingga RM200. Berikut adalah tiga model tablet yang menerima potongan haga.

ProdukHarga AsalHarga Promosi
Galaxy Tab A (10.1") dengan S PenRM1,499RM1,299
Galaxy Tab A (8.0")RM1,129RM959
Galaxy Tab A (7.0")RM659RM559

Galaxy Tab A 10.1″ adalah tablet keluaran 2016. Seperti namanya, ia memiliki paparan 10.1″ dengan resolusi 1920 x 1200 (WUXGA). Pada bahagian pengimejan, ia ada kamera belakang 8MP dan kamera depan 2MP.

Storan yang ada padanya adalah 16GB dan boleh diperluas melalui slot mikro-SD. Sokongan LTE dan GPS juga ada pada tablet ini. Bateri yang menguasakan tablet ini adalah 7,300mAh.

Galaxy Tab A 10.1″

Galaxy Tab A 8″ pula adalah tablet tahun 2015 Samsung dengan paparan XGA (1024 x 768). Ia memiliki sokongan LTE tapi masih menggunakan SIM jenis mikro dan bukannya nano.

Storan yang dimilikinya adalah 16GB dan boleh diperluas melalui slot khas. Anda boleh temui kamera belakang 5MP dengan kamera selfie 2MP.

Galaxy Tab A 8″

Galaxy Tab A 7″ pula dikeluarkan dalam tahun 2016 dan dilengkapi panel paparan TFT dengan resolusi 1280 x 800. RAM yang dimilikinya adalah 1.5GB dengan storan 8GB. Tapi jangan risau, ia boleh diperluas.

Pada bahagian kamera, ia diperkasa kamera utama 5MP dengan kamera depan 2MP. Seperti Tab 8″ ia masih menggunakan kad SIM berjenis mikro.

Galaxy Tab A 7″

Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.