Celcom Lakukan Naik Taraf, Beberapa Servis Bakal Tergendala

Kamas Kini 21 Oktober 2018

Celcom di laman Facebook mereka mengumumkan yang proses naik taraf telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.


Celcom dalam laman komunitinya telah mengumumkan akan melakukan naik taraf sistem mereka. Ia akan berlangsung pada hari Ahad, 21 Oktober 2018 bermula jam 8 Malam, sehingga Isnin, 22 Oktober 2018 jam 9 pagi.

Sepanjang naik taraf tersebut, beberapa servis akan tergendala. Yang tidak tergendala adalah servis panggilan suara dan data mereka. Jadi jika anda tidak ada apa-apa urusan dengan Celcom, anda mungkin tidak terjejas sangat.

Servis-servis yang akan tergendala adalah seperti berikut:

  • Tambah nilai prabayar
  • Perpindahan nilai
  • Semak status akaun
  • Langganan Mobile Internet
  • Tukar kad SIM
  • Tukar pelan
  • Pendaftaran baru
  • Langganan pas roaming
  • Bayar bil
  • Langgan value added services

Selain pelanggan, beberapa saluran dalam talian Celcom turut sama tergendala. Mereka adalah:

  • Pusat khidmat pelanggan
  • Kedai dalam talian
  • APP Celcom Life
  • USSD
  • Celcom Payment Kiosk (CPK)
  • Business Portal/MCS Portal
  • Semua saluran pembayaran bil termasuklah perbankan online dan ATM

Pelanggan mula terimas SMS pemakluman awal

Tapi anda tetap boleh memohon untuk perkhidmatan seperti pendaftaran baru dan juga MNP. Cumanya, permohonan itu akan diproses selepas naik taraf selesai.

Untuk beroleh maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook Celcom dan Xpax di:

BACA  honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda