Facebook Disaman Atas Ketakjujuran Dalam Pelaporan Statistik

Sejak tahun 2016 lagi, Facebook sudah menyedari yang terdapat masalah dalam pelaporan statistik mereka. Ia melibatkan laporan statistik mereka kepada video yang dimuat naik ke platform mereka. Akibatnya, data yang dilaporkan lebih tinggi antara 150% hingga 900% berbanding sepatutnya.

Kesan langsung ketakjujuran ini menyebabkan banyak penulis kehilangan kerja kerana syarikat media mula mengecilkan pasukan editorial mereka untuk menjawat pembangun kandungan video.

Kini pihak yang mengadu mula memfailkan saman keatas Facebook.  Mahkamah sudahpun membenarkan pendakwa untuk melakukan penilaian terhadap 80,000 Facebook page dan juga data dalamannya. Bagi pihak Facebook, mereka menidakkan laporan itu dan mendakwa sudah mengambil tindakkan sewajarnya untuk membaik pulih statistik pelaporan serta memberitahu klien tentangnya.

Tambahan pula, Facebook sudahpun membenarkan pihak neutral untuk menganalisis data pelaporan mereka. Media Rating Councol kini sedang melakukan analisis bagi pihak Facebook agar data yang tidak bias diberikan kepada pengiklan.

[Sumber: CNBCAdage, Gambar Pemuka]

BACA  Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia