fbpx

Mavic 2 Enterprise Ahli Baru DJI Khas Untuk Operasi Menyelamat

Kini, siri Mavic 2 ada tiga ahli semuanya. Selepas Mavic 2 Zoom dan Mavic 2 Pro, Mavic 2 Enterprise menyertainya dan ia adalah drone yang boleh menerima aksesori tambahan untuk tujuan tertentu seperti operasi cari dan selamat.

Uniknya versi Enterprise berbanding yang lain adalah di bahagian kepala dron ada port untuk meletakkan aksesori tambahan. Ada tiga aksesori semuanya iaitu:

  • Lampu Sorot
  • Lampu Suar
  • Speaker

Lampu Suar

Speaker

Lampu Sorot

Lampu sorot digunakan untuk menerangi lokasi yang dibidik seperti mencari mangsa kemalangan. Lampu suar pula digunakan sekiranya terdapat pesawat yang beroperasi hampir dengan dron untuk mengelakkan perlanggaran berlaku.

Speaker pula digunakan untuk memberikan arahan suara kepada subjek daripada jarak jauh.

Daripada segi pesawat, ia lebih mirip kepada Mavic 2 Zoom kerana kedua-duanya menggunakan sistem pengimejan yang sama. Maka, ia berkemampuan untuk mengezum optikal 2X ataupun 3X zum digital.

Tapi terdapat sedikit perbezaan pada bateri. Untuk beroperasi dalam keadaan yang ekstrim sejuknya, bateri ini ada teknologi yang akan memanaskan bateri secara automatik bagi mengelakkan bekalan kuasa terputus akibat suhu yang terlalu rendah.

Di A.S, Mavic 2 Enterprise dijual pada harga USD 2,000 (RM 8,361) dan anda menerima kesemua tiga aksesori untuk digunakan. Fly More Kit turut dijual apda harga USD 419 setiap satu.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Nuemera tampil menjelaskan tidak bersalah terhadap kebocoran data peribadi PCBS