• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 6T Tanda Bermulanya Mimpi Ngeri Pembunuh Flagship

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:01 am
  • 30/10/2018
  • Komen
OnePlus 6T Tanda Bermulanya Mimpi Ngeri Pembunuh Flagship
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin akhirnya jadi kenyataan apabila “pembunuh flagship”, OnePlus 6T, diumumkan secara rasmi dan ya, port audio 3.5mm dinyahkan selama-lamanya daripada badan telefon ini.

Dilancarkan selang 5 bulan daripada OnePlus 6, anda boleh menjangkakan penambahbaikan minimum pada model sebelumnya. Paling ketara adalah pada rupa fizikalnya.



Pada bahagian belakang, pengimbas cap jari turut dibuang untuk beri laluan pada pengimbas cap jari terbina dalam badannya. OnePlus menjanjikan kepantasan nyahkunci sehingga 0.34 saat.

Bahagian depan kini menampilkan notch berbentuk titisan air berbanding notch kolam mandi. Ia menyumbang pada nisbah paparan-ke-badan yang lebih tinggi, 86%. Paparannya kini sebesar 6.41″ dengan teknologi AMOLED dengan resolusi HD Penuh.



Kapasiti bateri turut diperbesar kepada 3,700 mAh daripada 3,300 mAh dan boleh dicas pantas tapi masih tiada Qi Wireless Charger.

Spesifikasi teknikal masih dikekalkan dan anda beroleh telefon dengan komponen seperti:

  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Bahagian pengimejan turut kekal. Ia hadir dengan dwikamera belakang 12MP+20MP dan kamera depan 16MP. Sungguhpun sama, OnePlus memaklumkan perisian kamera nyata ditambah baik untuk berikan pengalaman kamera yang lebih baik.

Di A.S, OnePlus 6T dijual pada harga seperti berikut:

  • OnePlus 6T Mirror Black (RAM 6GB + storan 128GB) – USD 549 (RM 2,295)
  • OnePlus 6T Mirror Black/Midnight Black (RAM 8GB + 129GB) – USD 579 (RM 2,420)
  • OnePlus 6T Midnight Black (RAM 8GB + 256GB) – USD 629 (RM 2,629)
Tags: androidOnePlusoneplus 6toxygenOS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 6T Tanda Bermulanya Mimpi Ngeri Pembunuh Flagship

OnePlus 6T Tanda Bermulanya Mimpi Ngeri Pembunuh Flagship

30 October 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN