fbpx

Internet 1Gbps di ViewQwest serendah RM148 sebulan

Jika anda rasa 1Gbps yang TIME tawarkan serendah RM199 sudah murah, cuba lihat tawaran dari ViewQwest. Syarikat yang berasal dari Singapura ini kini menawarkan internet jalur lebar tetap berkelajuan 1Gbps dari serendah RM148 sahaja sebulan!

Nampak gayanya ViewQwest kini hanya menawarkan kelajuan 1Gbps sahaja, tetapi dalam dua bentuk harga. Jika anda mendaftar kontrak selama 12 bulan, anda perlu membayar RM168 sebulan. Tetapi jika anda mendaftar kontrak 24 bulan pula, kadar bulanan menjadi RM148 sahaja.

Bagi pelanggan sedia ada ViewQwest, semuanya akan menerima naik taraf ini. Tidak pula dinyatakan jenis naik taraf yang bagaimana, tetapi pelanggan akan menerima emel makluman berkenaannya.

Tawaran ViewQwest ini lebih menarik dari TIME bukan sahaja kerana harganya, tetapi ia memberikan kelajuan muat naik dan muat turun yang sama, berbanding TIME hanya 1Gbps muat turun dan 500Mbps muat naik. ViewQwest juga menjanjikan ‘zero traffic-shaping‘, bermakna tiada sebarang sekatan untuk apa jua aplikasi yang digunakan. Tidak kira strim video, torrent mahupun apa jua.

Cuma, ViewQwest hanya terdapat di 5 lokasi sahaja buat masa ini. Ini kerana mereka bekerjasama dengan pemaju bangunan semasa pembinaan untuk memasang infrastruktur jalur lebar tetap. Lokasi tersebut ialah:

  1. Setia Eco Glades, CyberJaya
  2. Setia Sky 88, Johor Bahru
  3. Suasana Iskandar, Johor Bahru
  4. Tropicana Avenue, Petaling Jaya
  5. Tropicana Gardens, Petaling Jaya

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ViewQwest Malaysia serta ikuti mereka di Facebook.

[Sumber: SoyaCincau]

BACA  Windows 10 Mungkin Diharamkan Di Eropah Atas Sebab Keselamatan