fbpx

MacBook Air 2018: Ultrabook Dengan Storan Ultrabesar

MacBook Air adalah siri ultrabook yang diperkenalkan Apple pada tahun 2008 dan kali terakhir ia dikemas kini adalah pada 2017 tapi pada waktu itu ia masih meggunakan CPU Intel generasi ke-5 yang sudah berusia hampir 3 tahun. Tapi kemas kini MacBook Air terbaru ini adalah yang paling diraikan peminatnya.

Yang pertama adalah akhirnya ia diberi suntikan Retina Display dengan resolusi 2560 x 1600. Bingkai juga kini bertambah nipis, selari dengan produk-produk Apple yang lain. Lebih menarik, ia kini ada Touch ID bersama-sama cip keselamatan T2 untuk menyimpan segala data sensitif pengguna terus kedalam cip, bukannya di awan.

Pada papan utama, anda boleh menemui CPU Intel Core i5-8210Y. Tapi RAM yang digunakan masih LPDDR3 seperti sebelumnya, cuma kelajuan dipertingkat kepada 2133 Mhz.

Daripada segi I/O, anda terima 2 port USB-C dengan sokongan Thunderbolt 3 serta 1 port multiaudio.Berikut adalah harga varian-varian MacBook Air 2018.

Berikut adalah harga jualan semua varian MacBook Air di Malaysia:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM 5,249
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM 6,099
  • RAM 8GB + Storan 512GB – RM 6,949
  • RAM 8GB + Storan 1.5TB – RM 10.349
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM 6,129
  • RAM 6GB + Storan 256GB – RM 6,979
  • RAM 6GB + Storan 512GB – RM 7,829
  • RAM 6GB + Storan 1.5TB – RM 11,229

Mac Mini

Satu lagi siri produk yang sudah lama tidak dikemas kini Apple adalah Mac Mini. Kali terakhir ia diperbaharui adalah pada Oktober 2014 dengan naik taraf CPU. Bersama-sama MacBook Air, Mac Mini turut terima naik taraf saujana daripada Apple.

Paling ketara adalah pada kemasan Space Grey yang baru untuk dipadankan dengan produk Apple yang lain. Kemudian, ia diberikan 4 port USB-C yang menyokong Thunderbold 3 serta sejumlah port lain seperti USB-A, HDMI, Ethernet, dan port audio multi.

BACA  Semua iPhone dan iPad boleh diceroboh dengan perkakas bernilai USD100

Pada bahagian CPU, ia diberikan Intel generasi ke-8 sama ada i3-8100 ataupun i5-8500B. Mac Mini boleh diperoleh dalam pelbagai konfigurasi. Anda boleh menyuaikan CPU, RAM, Storan, dan Ethernet anda. Harga jualnnya adalah bermula RM 3,449 sehingga RM 18,339.

Layari laman rasmi MacBook Air dan Mac Mini untuk maklumat lanjut.