• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Artis dalam & luar negara meriahkan pesta beli-belah Lazada 11.11 Shopping Festival

  • OLEH Najib
  • 3:56 pm
  • 02/11/2018
  • Komen
Artis dalam & luar negara meriahkan pesta beli-belah Lazada 11.11 Shopping Festival
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai platform beli-belah online no 1 Malaysia, Lazada juga tidak terlepas mahu menyertai kehangatan 11 November atau lebih popular dengan nama Jualan 11.11. Lazada keluar dari kepompong kebiasaan jualan dengan melancarkan program multiskrin menjelang 11 November 2018.

Dikenali sebagai Lazada 11.11 Shopping Festival, rakyat Malaysia akan dihiburkan dengan program pengiraan detik turun secara langsung pada malam 10 November 2018. Lazada 11.11 Super Show akan dibarisi bintang terkenal tanah air dan luar negara dan disiarkan secara langsung oleh TV3 dan NTV7.



Penonton juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM11 juta dengan mengambil bahagian dalam sesi permainan yang diadakan semasa siaran langsung tersebut. Hadiah utama yang disediakan ialah dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI! Hadiah lain yang disediakan antaranya dari jenama seperti L’Oreal Paris, Carlo Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi.

Antara selebriti tempatan yang akan memeriahkan acara ini ialah Bunkface, Khai Bahar, Maya Karin, De Fam, Wany Hasrita, Altimet, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ziana Zain, Ella dan ramai lagi. Manakala artis luar negara yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Cakra Khas serta kumpulan gabungan lelaki dan wanita dari Korea Selatan, KARD.



Lazada 11.11 Super Show diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 November, bermula jam 10 malam. Lazada turut menyediakan tiket masuk kepada pengguna bertuah.

Kehangatan Lazada 11.11 Shopping Festival sebenarnya bermula dari sekarang apabila anda boleh mula mengumpul Baucar Kolektibel sehingga RM11,000,000, tawaran serendah RM0.99 dan hadiah percuma bernilai RM200,000.

Bagi pelanggan yang berjaga malam, mereka boleh menikmati harga terendah tahun 2018 menerusi lebih 50 jenama pada 11 November bermula tengah malam hingga 2 pagi . Bagi pelanggan yang bangun awal pula mereka boleh memanfaatkan kelebihan baucar Flash seawal pukul 8am dalam tempoh masa yang terhad sahaja.

Promosi khas yang turut terdapat pada jualan kali ini adalah seperti pulangan tunai sebanyak 12% untuk penggunaan Mastercard di Lazada Wallet. Pengguna kad CIMB pula boleh mendapatkan potongan sebanyak RM20, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150. Bank-bank lain juga ada menawarkan tawraan khas untuk Lazada 11.11 ini.

Lebih banyak lagi tawaran akan terdapat di Lazada menjelang 11 November nanti. Kunjungi laman web www.lazada.com.my serta pergi ke Facebook Lazada Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tawaran Lazada 11.11 Shopping Festival.

Tags: LazadaLazada Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Artis dalam & luar negara meriahkan pesta beli-belah Lazada 11.11 Shopping Festival

Artis dalam & luar negara meriahkan pesta beli-belah Lazada 11.11 Shopping Festival

2 November 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN