• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 02/11/2018
  • Komen
Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Belanjawan 2019 baru sahaja selesai dibentangkan buat pertama kali oleh kerajaan Pakatan Harapan. Ucapan pembentangan ini dilakukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sudah pasti perkara yang kami ingin tahu dari Belanjawan 2019 adalah perkara berkaitan teknologi. Perkara pertama yang ditemui dalam pembentangan beliau ialah tentang cukai perkhidmatan dalam talian oleh syarikat luar negara.



Perkhidmatan dalam talian adalah seperti strim video, strim muzik dan juga tajuk permainan. Ia akan dikenakan cukai mulai 1 Januari 2020, bermakna ada lebih setahun dari sekarang sebelum kita perlu mula membayarnya.

Bagaimanapun, cukai ini dikenakan kepada syarikat yang berasal dari luar negara. Lim Guan Eng memberi contoh perkhidmatan tersebut adalah seperti Netflix, Spotify dan Steam.



Jadi berkemungkinan penyedia khidmat yang sama yang berasal dari Malaysia seperti iflix dan DimSum akan dikecualikan dari cukai ini.

Ada juga kata-kata yang mengatakan perkhidmatan seperti Googla Playstore dan Apple Appstore juga akan dikenakan cukai. Pembelian applikasi serta barangan dalam aplikasi terutama games pasti terkesan jika cukai ini dikenakan.

Buat masa ini, masih tiada penjelasan bagaimana cukai ini akan dikenakan. Jadi kita perlu tunggu maklumat lanjut berkenaannya di kemudian hari.

Kalau betul kena cukai ni, terutamanya untuk perkhidmatan games macam Steam tu, rasanya baiklah kita tambah nilai (topup) wallet games tu cepat-cepat. Topup awal patut tak kena cukai lagi.

Tapi lama lagi nak cerita pun, dikuatkuasakan 1 Januari 2019 nanti. Nikmatilah dahulu sementara nircukai ini ya.

Tags: BelanjawanBelanjawan 2019
Najib

Najib

POPULAR

Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020

Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020

2 November 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN