• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Charge generasi ke-3 mula beraksi di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 11:10 am
  • 02/11/2018
  • Komen
Fitbit Charge generasi ke-3 mula beraksi di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit Charge merupakan gelang kecergasan keluaran Fitbit yang paling popular. Baru-baru ini, generasi ketiga Fitbit Charge dilancarkan dan dilaporkan ia akan tiba di Malaysia bulan ini.

Fitbit Malaysia telah mengeluarkan jemputan kepada media ke majlis pelancaran Fitbit Charge 3. Ia akan diadakan pada hari Khamis, 8 November 2018.



Mengekalkan rupa yang sama, Charge 3 kini dinaik taraf dengan fungsi baru seperti kalis air dan boleh dibawa berenang, ketahanan bateri sehingga 7 hari serta teknologi algoritma dan sensor tercanggih ciptaan Fitbit.

Teknologi pengesan denyutan nadi 24/7 Fitbit, PurePulse kini dipertingkat ketepatannya agar aktiviti kecergasan boleh dipantau dengan lebih tepat. Ia turut boleh mengira kalori yang dibakar dan kadar degupan jantung waktu rehat untuk workout yang lebih optimum, serta mengesan sebarang ketidak seimbangan dalam kesihatan diri.



Fitbit juga menambah sensor SpO2, pertama di dalam gelang kecergasan Fitbit, memberi pengguna cara baru untuk memantau tahap oksigen di dalam darah serta waktu tidur yang lebih berkualiti.

Salah satu tarikan untuk menggunakan Fitbit ialah rangkaian sosial bersama rakan dan taulan yang luas di seluruh dunia, meliputi 25 juta pengguna aktif. Ini dapat memberi lebih motivasi kepada pengguna untuk mencapai sasaran kecergasan yang ditetapkan, menerusi pelbagai cabaran.

Selain digunakan secara aktif, Fitbit 3 juga akan mengingatkan pengguna secara pasif untuk sentiasa bergerak jika terlalu lama duduk, mengatur pernafasan untuk merasa lebih tenang, memantau waktu tidur bagi memberikan panduan tidur yang lebih berkualiti dan banyak lagi.

Sebagai peranti pintar, Fitbit Charge 3 boleh berhubung dengan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ia boleh memaparkan notifikasi dari telefon, menjawab atau mematikan panggilan, serta membalas mesej mudah. Charge 3 juga dilengkapi fungsi jam biasa seperti penggera, timer dan cuaca.

Gelang kecergasan Fitbit Charge 3 dimaklumkan akan dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM758. Aksesori seperti tali jam pula akan dijual pada harga bermula dari RM120. Maklumat lanjut tentang tarikh mula jualan dan penjual akan dimaklumkan kemudian, harapnya semasa majlis pelancaran pada 8 November 2018.

Sementara itu, dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan dengan melayari laman web Fitbit Charge 3.

Tags: Charge 3FitbitFitbit Charge 3
Najib

Najib

POPULAR

Fitbit Charge generasi ke-3 mula beraksi di Malaysia bulan ini

Fitbit Charge generasi ke-3 mula beraksi di Malaysia bulan ini

2 November 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN