• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jangan Gelabah Jika iPhone Anda Mati Di Parti Hari Jadi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:03 pm
  • 05/11/2018
  • Komen
Jangan Gelabah Jika iPhone Anda Mati Di Parti Hari Jadi
Share on FacebookShare on Twitter

Ceritanya bermula apabila sekumpulan staf di sebuah hospital mengadu yang iPhone dan iPad mereka tidak berfungsi seperti biasa. Ada yang tidak menyala langsung, tidak dicas dan juga menghadapi masalah apabila ingin melakukan panggilan. Maka mereka pun mulalah mencari sebab kepada isu tersebut.

Pola yang ditemui mereka adalah kesemua isu tersebut timbul pada hari pemasangan sebuah mesin MRI. Hipotesis mereka adalah gelombang elektromagnetik daripada MRI adalah puncanya. Tapi hipotesis itu tercabar apabila peranti Android turut ada dalam bilik yang semasa iPhone dan iPad semasa pemasangan mesin itu.



Contoh mesin MRI

Menyiasat lebih mendalam, mereka mendapat tahu yang terdapat kebocoran cecair helum yang digunakan untuk menyejukkan komponen penting mesin MRI semasa pemasangan. Rupa-rupanya terdapat komponen dalam produk Apple terlibat yang terkesan dengan gas helium.



Ia dibuktikan iFixit setelah melakukan eksperimen bagi mereplikasikan isu itu.

Dalam semua peranti elektornik yang kompleks, ada satu komponen yang tugasnya hanya menghasilkan denyutan elektron. Denyutan ini bertindak seperti sebuah jam atom yang manusia jadikan sebagai paiwaian untuk masa.

Seperti manusia, komponen-komponen lain seperti CPU, sensor dan sebagainya merujuk pada denyutan nadi ini untuk beroperasi dalam keadaan harmoni.

Kebiasaannya, pengeluar menggunakan “perentak nadi” berasaskan kuartz tapi disebabkan kekangan ruang, Apple menukarkan kuartz dengan mikroelektromekanikal yang lebih kecil.

Contoh komponen mikroelektromekanikal dibawah mikroskop elektron

Masalahnya, kuartz tidak dipengaruhi gas Helium kerana saiznya yang lebih besar. Sebaliknya komponen elektromekanikal yang lebih kecil nampaknya lebih sensitif kepada gas helium dan menjadikan perentak menjadi kalut.

Berita baiknya adalah ia bukanlah kerencatan kekal sebaliknya sementara, sehingga Helium terlarut keluar daripada ruang komponen itu.

Jadi, jangan bawa iPhone ada ke parti hari jadi yang penuh dengan belon berisi Helium!

[Sumber: iFixit]

Tags: appleiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan Gelabah Jika iPhone Anda Mati Di Parti Hari Jadi

Jangan Gelabah Jika iPhone Anda Mati Di Parti Hari Jadi

5 November 2018
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN