• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

unifi mobile tawar internet tanpa had RM55 sebulan sempena Deepavali

  • OLEH Najib
  • 12:44 pm
  • 05/11/2018
  • Komen
unifi mobile tawar internet tanpa had RM55 sebulan sempena Deepavali
Share on FacebookShare on Twitter

unifi mobile dengan kredit tak matinya kini datang dengan promosi baru, internet tanpa had selama sebulan dengan membayar hanya RM55 sahaja. Promosi ini diberikan sempena Hari Deepavali yang jatuh pada 6 November 2018.

Tawaran unifi mobile ini boleh dilanggan sehingga 10 November 2018. Tetapi internet tanpa hadnya hanya boleh digunakan bersama rangkaian 4G sahaja, tidak untuk rangkaian 3G. Ini kerana unifi mobile hanya memiliki rangkaian 4G sendiri, dan menyewa rangkaian 3G dari Celcom. Berkongsi internet secara hotspot juga boleh dilakukan tanpa had, tetapi hanya dengan rangkaian 4G sahaja.



Selain promosi Deepavali ini, pelanggan unifi mobile boleh melanggan pelan BEBAS tanpa had secara mingguan, harian ataupun 2 jam sahaja. Tetapi pelan tanpa had ini hanya untuk rangkaian 4G sahaja, kuota bagi rangkaian 3G perlu dibeli berasingan. Jika tiada kuota 3G, maka tiadalah internet.

Untuk kuota 3G, ia adalah sebahagian dari tawaran kredit tak mati unifi mobile. Sekali beli, tak perlu risau berapa lama boleh digunakan sehingga habis kuota tersebut. Ia ditawarkan dalam bentuk RM50 untuk 8GB (dipecahkan 4GB untuk 4G sahaja + 4GB lagi 3G & 4G), RM30 untuk 4GB (2GB 4G + 2GB 3G) serta RM15 untuk 2GB (1GB 4G + 1GB 3G).



Kepada yang belum memiliki kad sim unifi mobile, boleh mula memilikinya dengan memuat turun aplikasi unifi mobile di Apple Appstore atau Google Playstore, dan membuat tempahan percuma menerusi aplikasi tersebut. Sim kad tersebut datang dengan 2GB LTE kredit tak mati, bersama 10 minit panggilan dan 10 SMS secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web unifi.com.my/personal/mobile/bebas

Tags: Internet tanpa hadUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
unifi mobile tawar internet tanpa had RM55 sebulan sempena Deepavali

unifi mobile tawar internet tanpa had RM55 sebulan sempena Deepavali

5 November 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN