Pembukaan Mi Store Pavilion ada banyak promosi dan diskaun

Mi Malaysia telah mengumumkan akan mula menjual dua telefon pintar baru mereka, Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite bermula hari esok, 10 November 2018. Salah satu lokasi yang akan menjualnya ialah di Mi Store di Pavilion, KL.

Esok juga adalah hari pembukaan rasmi Mi Store di Pavilion dan banyak promosi lain akan dijalankan bersamanya. Ia akan diserikan dengan kehadiran selebriti iaitu Joey Leong, Thomas Kok, Farisha Irish, Hafreez Adam dan Eka Sharif. Acara pembukaan akan dimulakan pada pukul 10.30 pagi.

Pembelian Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite di Mi Store Pavilion akan datang bersama hadiah percuma, tetapi dalam unit terhad. Harga jualan Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite adalah seperti berikut:

  • Mi 8 Pro (8GB RAM + 128GB Storan) – RM2,399
  • Mi 8 Lite (6GB RAM + 128GB Storan) – RM1,299
  • Mi 8 Lite (4GB RAM + 64GB Storan) – RM999

Untuk 100 pembeli pertama Mi 8 Pro di Mi Store Pavilion, mereka akan menerima hadiah percuma berupa Mi Small Backpack dan Mi Sport Bluetooth Earphone. Manakala untuk 100 pembeli pertama Mi 8 Lite 64GB, akan menerima Mi Small Backpack. Mi 8 Lite 128GB tidak akan ada esok, ia mula dijual pada 11 November 2018.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite, rujuk pada artikel pengumuman kami di sini.

Selain dua telefon pintar ini, pembukaan rasmi Mi Store Pavilion pada hari Sabtu, 10 November 2018 juga menyajikan promosi untuk produk Xiaomi yang lain.

  1. Mi MIX 2S (6GB+64GB) RM1,699 RM1,849
  2. Mi A2 (4GB+64GB) RM899 RM999
  3. Redmi Note 5 (4GB+64GB) RM699 RM899
  4. Redmi 6 (3GB+32GB) RM455 RM525
  5. Redmi 6A (2GB+16GB) RM349 RM419
  6. Mi Car Charge RM20 RM49
  7. Mi Business Backpack RM59 RM119
  8. Mi City Slingbag RM39 RM79
  9. Mi In-Ear Headphones Basic RM9.90 RM36
  10. Mi Headphones Comfort RM92 RM185
  11. Mi Powerbank 2C 20,000mAh RM70 RM119
  12. Mi Band 2 RM69 RM88
  13. Mi Pocket Speaker 2 RM55 RM108
  14. Mi Rollerball Pen RM9.90 RM15
  15. Mi Selfie Stick Tripod RM49 RM98
  16. Mi 2-in-1 MicroUSB to USB-C Cable 100cm RM10 RM30
BACA  Mavic 2 Enterprise Ahli Baru DJI Khas Untuk Operasi Menyelamat

Jika anda tidak mencari telefon pintar baru pun, promosi produk Xiaomi yang lain ini juga sangat menarik. Tetapi ia ditawarkan dalam unit yang terhad. Kalau terlepas esok, anda masih boleh mencuba di Stor Xiaomi di Lazada pada 11 November. Mungkin ada promosi yang sama.

Pembukaan rasmi Mi Stor Pavilion akan dimulakan pada pukul 10.30 pagi, 10 November 2018. Rasanya ramai yang berminat, jadi mungkin ada barisan yang panjang dan datang lebih awal. Anda juga harus datang awal kalau nak dapatkan tawaran ini.