• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 8 Belakang Lutsinar Set Rasmi Boleh Didapati Bermula 10 November 2018

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 09/11/2018
  • Komen
MI 8 Pro dan Mi 8 Lite sampai Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Mi 8 yang menggunakan cip terhebat Snadpragon 845 mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula Ogos 2018 yang lalu. Kini, sebelum penutup tahun 2018, keluarga Mi 8 menerima dua ahli baru untuk dipilih anda. Mereka yang hadir dalam set rasmi adalah:

  • Mi 8 Pro
  • Mi 8 Lite

Mi 8 Pro adalah nama alternatif kepada Mi 8 Explorer Edition yang diumumkan untuk pasaran China tempoh hari. Jika anda masih ingat, bezanya telefon ini dengan Mi 8 biasa adalah pada kemasan belakang lutsinar yang menjadi buah mulut ramai.



Perbezaan yang kedua adalah pada bahagian pengenalan biometrik. Berbanding Mi 8 yang menggunakan pengimbas cap jari di bahagian belakang, Mi 8 Pro ada pengimbas cap jari terbina di dalam paparan AMOLED-nya. Selain itu, versi pro turut ada kamera pengimbas wajah 3D, seperti iPhone X.

Kebanyakkan spesifikasi lain versi Pro adalah sama seperti biasa. Anda beroleh telefon yang dilengkapi:



  • Paparan 6.21′ AMOLED HD Penuh
  • Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Kamera belakang 12MP+12MP
  • Kamera depan 20MP
  • Bateri 3,000mAh

Mi 8 Pro akan mula dijual bermula 10 November 2018 ini pada harga RM2,399. Anda boleh rujuk artikel pengumumannya di sini untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Mi 8 Pro

Attention: The internal data of table “60” is corrupted!

Mi 8 Lite

Mi 8 Lite tidak dilancarkan bersama-sama Mi 8 dalam majlis yang sama. Dan ia bukan telefon yang sama seperti Mi 8 SE. Menurut helaian spesifikasi, ia lebih mirip kepada sebuah Mi A2.

Ia ada paparan sedikit besar berbanding Mi 8 iaitu 6.26″ beresolusi HD Penuh. Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dwikamera belakagn 12MP + 5MP dan kamera selfie 24MP.

Bateri yang menguasakan telefon ini adalah sebesar 3,250 mAH dan menyokong pengecasan pantas QC3.0.

Mi 8 Lite akan dijual dalam dua varian dan harganya adalah seperti berikut:

  • 4GB + 64GB – RM 999 (mula dijual 10 November 2018)
  • 6GB + 128GB – RM 1,299 (mula dijual 11 November 2018)

Anda boleh mendapatkannya dalam dua warna iaitu Midnight Black dan Aurora Blue. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Mi 8 Lite

[table “133” could not be loaded /]
Tags: Mi 8mi 8 litemi 8 proxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MI 8 Pro dan Mi 8 Lite sampai Malaysia minggu ini

Mi 8 Belakang Lutsinar Set Rasmi Boleh Didapati Bermula 10 November 2018

9 November 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER