• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:13 pm
  • 06/05/2026
  • Komen
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuka tempahan awal minggu lepas, iQoo Malaysia kini melancarkan secara rasmi dua telefon kelas pertengahan terbaharu, iQoo Z11 5G dan iQoo Z11x 5G. Ini juga menandakan kembalinya model “x” yang lebih mampu milik dalam barisan telefon iQoo, selepas melangkaunya untuk generasi sebelum ini. Kali terakhir model x dibawa masuk adalah pada Z9x dua tahun lalu.

Harga dan ketersediaan siri iQoo Z11 5G di Malaysia

iQoo Z11 5G dan iQoo Z11x 5G masing-masing hadir dalam dua varian, dengan harga seperti berikut:



iQoo Z11 5G

  • 12GB + 256GB — RM2,199
  • 8GB + 256GB — RM1,899 (online sahaja)

iQoo Z11x 5G

  • 8GB + 256GB — RM1,599
  • 8GB + 128GB — RM1,299

Sepanjang tempoh jualan pertama dari 6 hingga 17 Mei 2026, pembeli Z11 5G layak mendapat manfaat sehingga RM396 termasuk beg galas iQOO percuma, iQOO Buds Air, waranti lanjutan 1 tahun, dan perlindungan skrin retak 180 hari. Pembeli Z11x 5G pula layak mendapat hadiah bernilai sehingga RM267 termasuk beg galas iQOO percuma, waranti lanjutan, dan perlindungan skrin.

Anda boleh beli iQoo menerusi stor rasmi jenama tersebut melalui stor online Vivo (iQoo Z11 5G, iQoo Z11x 5G), serta Lazada, Shopee, dan TikTok Shop melalui pautan di bawah:



iQoo Z11 5G – Lazada, Shopee dan TikTok

iQoo Z11x 5G – Lazada, Shopee dan TikTok

Spesifikasi iQoo Z11 5G

Antara kedua-dua model yang dilancar, iQoo Z11 5G adalah model lebih tinggi. Ia menampilkan skrin AMOLED 6.83″ dengan kadar segar semula 144Hz, resolusi 1.5K (2800 x 1260), dan kecerahan puncak 5,000 nits. Dari segi ketahanan, ia hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, pensijilan gred tentera, dan menggunakan kaca Shield Glass sebagai pelindung skrin.

Dari segi prestasi, Z11 5G dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 dengan teras utama sehingga 2.7GHz, dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 berkapasiti 256GB. Sistem penyejukan IceCore VC berkeluasan 7,000mm² turut disertakan, yang iQOO dakwa mampu mengurangkan suhu CPU sehingga 15°C semasa gaming.

Untuk kamera, Z11 5G dilengkapi kamera utama Sony IMX882 50MP f/1.8 dengan OIS dan kamera depth 2MP di bahagian belakang, serta kamera selfie 16MP. Kedua-dua kamera depan dan belakang menyokong rakaman video 4K pada 30fps.

Walaupun nipis pada 8.25mm, Z11 5G hadir dengan bateri Silicon BlueVolt 9,020mAh, antara kapasiti terbesar dalam peranti iQoo setakat ini. Ia menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan Bypass Charging untuk mengurangkan haba semasa gaming.

Sejurus keluar kotak, Z11 5G menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dengan Origin Smooth Engine. iQOO menjanjikan pengalaman lancar selama 60 bulan, dengan 3 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Ciri AI seperti AI Captions, AI Creation, AI Transcript Assist, dan vivo DocMaster turut disertakan, bersama sokongan Circle to Search dengan Google dan Google Gemini. Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.2, dan NFC.

Spesifikasi iQoo Z11x 5G

iQOO Z11x 5G pula hadir sebagai pilihan yang lebih ringkas dan mampu milik. Berbeza dengan Z11 5G, ia menggunakan skrin LCD 6.76″ dengan resolusi FHD+ (2344 x 1080), kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 1,200 nits.

Di dalam, ia diperkasa cip MediaTek Dimensity 7400 Turbo berbanding Snapdragon pada Z11 5G. Untuk kamera, ia hadir dengan kamera utama Sony IMX852 50MP, namun tanpa OIS dan kamera depth 2MP. Kamera selfinya pula menggunakan sensor lebih besar pada 32MP.

Bateri yang dimuatkan berkapasiti 7,200mAh dengan sokongan pengecasan 44W berwayar. Seperti Z11 5G, ia turut hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, dan menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16. Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, WiFi 5, Bluetooth 5.4, dan NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk iQoo Z11 5G dan iQoo Z11x 5G.

Tags: iQooiQoo Z11iQoo Z11xvivo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN