• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:32 pm
  • 05/05/2026
  • Komen
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pengumuman sebelum ini, Infinix Malaysia kini rasmi melancarkan telefon gaming terbaru, Infinix GT 50 Pro di Malaysia. Ia menjadi pengganti kepada GT 30 Pro yang dilancarkan tahun lalu, dengan beberapa penambahbaikan ketara termasuk sistem penyejukan cecair baharu, butang bahu yang lebih canggih, dan sokongan Bypass Charging secara wayarles pertama dalam industri.

Harga dan ketersediaan Infinix GT 50 Pro

Infinix GT 50 Pro kini sudah boleh dibeli di Lazada, Shopee, TikTok Shop, dan pengedar sah Infinix di seluruh negara. Terdapat dua varian yang ditawarkan, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • 12GB + 256GB — RM1,899 (promo RM1,699)
  • 12GB + 512GB — RM2,199 (promo RM1,999)

Selain diskaun RM200, pada jualan pertama sehingga 10 Mei, pembeli turut akan menerima kipas penyejuk GT MagCharge Cooler 2.0, sarung Magcase dan powerbank secara percuma. GT 50 Pro tersedia dalam tiga pilihan warna hitam, merah, dan perak.

Terdapat juga tawaran PWP dengan diskaun 10% untuk dua aksesori baharu Infinix, iaitu fon putik GT Buds 5 pada harga RM152 dan GT Watch 5 Pro pada RM269 jika dibeli bersama GT 50 Pro.



Spesifikasi Infinix GT 50 Pro

Dari luar, Infinix GT 50 Pro mengekalkan rekaan seperti telefon GT. Tapi perubahan paling ketara, ia hadir dengan sistem penyejukan cecair baharu yang boleh dilihat dari panel belakang. Sistem ini digelar HydroFlow Liquid Cooling Architecture dan Infinix mendakwa ia menggunakan mikro-pam cecair dengan liputan penuh ke atas cip pemproses untuk penyejukan yang lebih optimum. Seperti generasi sebelumnya, model baru ini turut hadir dengan lampu Mechanical Light Waves dengan 4 jalur LED yang boleh disuai.

Untuk kawalan gaming, GT 50 Pro hadir dengan butang bahu baharu Open-Cut Pressure-Sense GT Trigger yang Infinix dakwa pertama dalam industri. Butang ini menyokong tiga jenis input, termasuk tekanan ringan, tekanan kuat, dan sapu dengan kependaman di bawah 20ms dan 10 tahap penyesuaian sensitiviti. Selain untuk gaming, butang ini turut boleh digunakan sebagai pintasan untuk tangkapan skrin, rakaman skrin, dan menyeru pembantu AI Folax.

Skrinnya adalah AMOLED 6.78″ resolusi 1.5K dengan kecerahan puncak 4,500 nit sdan kadar segar semula 144Hz. Ia turut dilengkapi peredupan PWM 2,304Hz dengan pensijilan TÜV Rheinland cahaya biru rendah dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i.

Atas papan utama, GT 50 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate 4nm dengan RAM LPDDR5X 12GB dan pilihan storan UFS 4.1 dalam saiz 256GB atau 512GB. Infinix mendakwa ia mencatatkan skor AnTuTu melebihi 2,224,634 peningkatan 26.45% berbanding GT 30 Pro. Ia juga menyokong kadar bingkai 144FPS dalam beberapa permainan utama seperti Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, dan Call of Duty: Mobile.

Kapasiti bateri dimuatkan cukup besar, 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 45W berwayar, 30W wayarles, dan pengecasan terbalik10W. Yang menarik, selain Bypass Charging berwayar, GT 50 Pro turut menyokong Bypass Charging wayarles pertama dalam industri apabila digandingkan dengan GT MagCharge Cooler 2.0.

Untuk kamera, GT 50 Pro hadir dengan kamera utama 50MP dengan OIS dan EIS, kamera ultralebar 8MP, dan kamera hadapan 13MP. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16, dengan jaminan 3 kemas kini OS dan 5 tahun tampalan keselamatan. Sambungan merangkumi 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.4, dan NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix GT 50 Pro.

Tags: GT 50 ProInfinixInfinix GT 50 ProInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN