• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

APP Ini Bolehkan Anda Isi Minyak Tanpa Keluarkan Dompet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:26 pm
  • 13/11/2018
  • Komen
APP Ini Bolehkan Anda Isi Minyak Tanpa Keluarkan Dompet
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi perkhidmatan e-wallet memasuki pasaran Malaysia dan kali ini ia boleh digunakan untuk mengepam petrol. Setel masih lagi dalam fasa ujian beta dan anda boleh memuat turun APP itu untuk Android. Versi iOS akan tiba tak lama lagi.

Seperti kebanyakkan e-wallet yang lain, anda perlu menambat kad kredit/debit kepada APP untuk menambah nilai akaun sebelum mula menggunakannya untuk mengepam minyak. Ia adalah satu penyelesaian yang menyenangkan tetapi dalam situasi lambakan e-wallet masa sekarang, saya tak pasti sama ada ia praktikal ataupun tak.



Oleh sebab masih dalam fasa beta, tidak semua stesen minyak menyokongnya. Setakat ini hanya beberapa stesen Petronas terpilih saja menyertai progam ini, dan semuanya berada di Lembah Klang.

Mereka ialah:



  1. Petronas Ara Damansara
  2. Petronas Bukit Rahman Putra
  3. Petronas Damansara Jaya 1
  4. Petronas Desa Mentari
  5. Petronas Elite Bukit Jelutong
  6. Petronas KESAS Highway (hala KL)
  7. Petronas KESAS Highway (hala Shah Alam)
  8. Petronas Kg. Melayu Subang
  9. Petronas Kota Damansara 1
  10. Petronas Kota Damansara 2
  11. Petronas NKVE
  12. Petronas Putra Bestari
  13. Petronas Sek. 15 Shah Alam
  14. Petronas Sprint Highway
  15. Petronas Sri Damansara
  16. Petronas Subang AIrport
  17. Petronas Sungai Penchala
  18. Petronas Taman Medan
  19. Petronas USJ 2
  20. Petronas USJ 20
  21. Petronas USJ 4

Pengalaman Menggunakan

Apabila tiba di Petronas yang menyokong Setel, butang pembelian petrol akan kelihatan secara automatik. Sebab itu anda diminta untuk membenarkan APP Setel mengkases maklumat lokasi anda sejurus melancarkan APP ini buat kali pertama.

Mengepam minyak menggunakan setel adalah lancar. Pandu saja masuk ke pam yang kosong. Sebelum keluar daripada kereta, anda perlu melakukan beberapa perkara. Pertama sekali APP akan memberi amaran agar semua transaksi dilakukan dalam kereta, sebelum pintu kereta dibuka. Apa yang perlu anda buat adalah:

  • Pilih amaun yang ingin diisi
  • Pilih nombor pam
  • Masukkan nombor pin

Kemudian anda boleh teruskan pengisian seperti biasa. Jangan lupa matikan enjin kereta.

Saya turut perasan yang ada paparan sentuh disebelah pam. Menurut laman FAQ Setel, anda boleh membeli barangan daripada kedai mesra terus daripada paparan itu. Pesanan akan dihantar terus kepada anda tanpa perlu anda beratur panjang dalam kedai Mesra.

Setel adalah satu penyelesaian yang bijak. Tapi kemusykilan saya, kita ditegah menggunakan telefon berhampiran pam minyak?

Tags: e-walletPetronassetel
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

APP Ini Bolehkan Anda Isi Minyak Tanpa Keluarkan Dompet

APP Ini Bolehkan Anda Isi Minyak Tanpa Keluarkan Dompet

13 November 2018
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN