Boost boleh tolong bayar tiket keretapi, bas dan parkir

Jika anda pening dengan lambakan dompet elektronik atau e-wallet di Malaysia, kami cadangkan anda simpan e-wallet yang satu ni, Boost. Ini kerana Boost dilihat paling aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di samping meluaskan lagi capaian penggunaan Boost di lebih banyak servis dan tempat.

Terbaru, Boost mengumumkan kerjasama mereka dengan lima syarikat yang menguruskan pengangkutan awam dan tempat meletak kereta iaitu KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark. Lebih tepat lagi, ia membolehkan pengguna Boost untuk:

  • Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka
  • Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM
  • Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka

Selain servis di atas yang baru, Boost membolehkan penggunanya membeli tambah nilai prabayar, serta membayar pelbagai bil utiliti seperti bil air, bil TM dan Celcom, bil Astro dan bil Majlis Perbandaran. Pelbagai baucer juga boleh dibeli seperti baucer makanan & minuman, kredit game seperti Steam, langganan Spotify dan iflix, serta banyak lagi.

Satu tarikan yang terdapat di Boost ialah ciri Shake, di mana pengguna yang membayar bil utiliti serta tempat letak kenderaan menggunakan Boost, boleh mendapat tunai kembali sehingga RM5.

Apakah e-wallet pilihan anda atau yang sering anda gunakan? Jika masih belum menggunakan Boost, anda patut mencubanya sekarang. Layari laman web www.boost.com.my atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.