Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Beli aiskrim di 7-Eleven boleh dapat kad sim percuma

Nak kad sim percuma? Mudah sahaja. Pergi ke-mana-mana cawangan 7-Eleven, beli aiskrim Cornetto dan anda boleh menuntut kad sim tapp di kaunter pembayaran secara percuma.

Betul, beli aiskrim Cornetto, boleh dapat kad sim tapp percuma.

Promosi ini sedang berjalan dari awal bulan November sehingga 26 November 2018. Tetapi ia hanya terhad di cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk Pulau Langkawi. Serta selagi stok masih ada. Kalau dah habis di satu cawangan 7-Eleven tu, boleh cari di cawangan yang lain.

Bermula dari 27 November hingga 24 Disember pula, pengguna tapp boleh menerima lebih ganjaran di aplikasi dengan membeli aiskrim Cornetto. Caranya, beli aiskrim Cornetto di 7-Eleven, minta kod QR di kaunter pembayaran dan imbas kod QR tersebut di bahagian Ganjaran di dalam aplikasi tapp.

Ganjarannya berupa, bagi tiga pembelian aiskrim Cornetto, pengguna boleh menuntut kredit sebanyak RM10. Untuk lapan pembelian pula, boleh dapat kredit RM15. Tetapi ganjaran ini hanya boleh ditebus sekali sahaja untuk setiap pelanggan.

Kejap, tak pernah dengar tentang tapp?

tapp ialah sebuah penyedia rangkaian telkomunikasi digital yang menggunakan rangkaian Digi. Yang menariknya, pengguna tidak terikat dengan satu pelan, sebaliknya boleh memilih berapa banyak kuota dan panggilan yang diingini. Tetapkan bajet, dan lungsurkan berapa data atau panggilan yang mahu ditetapkan untuk bulan tersebut.

Tambah menarik lagi, data dan panggilan yang tidak habis digunakan, boleh dijual balik kepada tapp pada 65% dari harga asal, menjadi kredit tapp. Tidaklah terlalu membazir kalau tak dapat habis guna.

Malangnya, tapp hanya boleh digunakan di Android sahaja. Pengguna juga tidak boleh mengekalkan nombor lama mereka untuk digunakan di tapp. tapp memaklumkan, mereka masih berusaha untuk membangunkan aplikasi iOS, mengaktifkan perayauan antarabangsa dan juga membolehkan pelanggan mengekalkan nombor mereka dengan pendaftaran keluar dan masuk rangkaian (MNP).

BACA  Xiaomi ada powerbank baru yang besar tapi tak boleh bawa naik pesawat

tapp kini menawarkan RM3 kredit dan data instagram selama 3 bulan percuma untuk pengguna baru. Jika berminat, cepat ke 7-Eleven berhampiran dan beli aiskrim Cornetto untuk mendapatkan kad sim tapp secara percuma. Muat turun aplikasi tapp di Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut tentang tapp, lawati Facebook tapp atau layari laman web www.tapp.my. Info tambahan tentang promosi tapp x Cornetto pula boleh didapati di sini.