• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom gandakan data perayauan musim cuti hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 7:17 pm
  • 16/11/2018
  • Komen
Celcom gandakan data perayauan musim cuti hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung tahun biasa dikaitkan dengan cuti. Bagi membantu penggunanya bercuti dengan lebih tenang, Celcom kini menggandakan data perayauannya di luar negara, untuk talian pascabayar dan prabayar, dari sekarang sehingga hujung tahun ini, 31 Disember 2018.

Terdapat dua jenis pelan perayauan data untuk pengguna pascabayar Celcom. Pertama ialah pas internet 1-hari berharga Rm38. Ia boleh digunakan di lebih 160 negara dan kini datang dengan 1GB data sehari, berbanding hanya 500MB sebelum ini.



Kedua ialah pas 7-hari 3-dalam-1. Ia adalah pelan perayauan selama 7 hari berharga RM138. Dengan pelan ini, pengguna diberikan panggilan dan SMS tanpa had, bersama data sebanyak 6GB untuk digunakan selama 7 hari, berbanding hanya 3GB tanpa promosi ini. Pelan ini boleh digunakan di lebih 30 negara.

Bagi prabayar pula, terdapat tiga jenis perayauan data, tetapi hanya satu sahaja yang termasuk dalam promosi data berganda ini. Ia adalah pas internet 1-hari berharga RM4.99 di mana sebelum ini diberikan 500MB data sehari, tetapi kini dengan 1GB data sehari. Pas ini boleh digunakan di 6 buah negara.



Pelan perayauan data lain untuk prabayar Xpax ialah pas internet Basic 1-hari berharga RM1, untuk negara ASEAN dan boleh digunakan bagi chat aplikasi sosial sahaja. Satu lagi ialah pas sosial 1-hari berharga RM10. Ia memberi 1GB data untuk aplikasi media sosial iaitu Facebook, Twitter, WhatsApp dan WeChat, serta 100MB internet untuk lain-lain.

Maklumat lanjut tentang promosi perayauan data berganda ini boleh disemak di laman web Celcom.

Tags: celcomPerayauan DataRoamingxpax
Najib

Najib

POPULAR

Celcom gandakan data perayauan musim cuti hujung tahun

Celcom gandakan data perayauan musim cuti hujung tahun

16 November 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN