Xiaomi dan Durian Man perkenal e-Sim di Malaysia

Mi Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Durian Man, yang membolehkan beberapa peranti Xiaomi menggunakan e-Sim. Dengan e-Sim, tiada sim fizikal diperlukan bagi mengaktifkan talian.

E-Sim ialah cip elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon. Ia menyimpan data identifikasi telefon untuk dikenali oleh rangkaian telekomunikasi.

Rupa-rupanya, sudah lama peranti Xiaomi dilengkapi e-Sim. Menurut Xiaomi, peranti yang menyokong e-Sim dan serasi digunakan bersama Durian Man ialah:

Aplikasi siap dipasang:

  • MI 8 (MIUI V10.0.3.0EAMIFH)
  • POCOPHONE F1 (MIUI V9.6.25.0.OEJMIFD)
  • Mi MIX 2S (MIU v10.0.2.1DGMIFH)
  • Redmi Note 6 Pro (MIUI V9.6.6.0 OEKMIFD)
  • Mi MAX 3 (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  • Mi 8 Pro (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  • Mi 8 Lite (MIUI v9.6.5.0ODTMIFD)

Muat turun aplikasi di Google Play

  • Redmi Note 4X (MIUI V9.6.2.0.NCFMIFD)
  • Redmi 4A (MIUI V9.6.2.0.NDFMIFD)
  • Redmi Note 5A Prime (MIUI V9.6.2.0.NDKMIFD)
  • Redmi Note 5A (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  • Redmi 5A (MIUI V9.6.1.0.NAMMIFD)
  • Redmi 4X (MIUI V9.6.2.1.NCKMIFD)
  • Redmi 5 (MIUI V9.6.4.0.NDAMIFD)
  • Redmi Note 5 (MIUI V10.0.3.0.OEGMIFH)
  • Redmi 5 Plus (MIUI V9.6.2.0.NBCMIFD)
  • Redmi Note 4 (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)

Pelan yang ditawarkan oleh Durian Man juga agak menarik, dari serendah RM14.15 untuk 4GB data dan 60 minit panggilan, sehingga RM200 dengan 128GB data.

Durian Man juga menawarkan perayauan data tanpa had di beberapa negara seperti Singapura (RM8), Thailand (RM5) Jepun (RM10), Hong Kong (RM5) dan China (RM5).

Durian Man menggunakan talian Celcom. Jadi liputannya boleh dirujuk dari liputan Celcom. E-Sim Durian Man juga hanya boleh digunakan serentak dengan satu sim fizikal sahaja.

Untuk melanggan e-Sim Durian man ini, orang ramai hanya boleh melakukannya di Mi Store terpilih, setakat ini di Lembah Klang sahaja iaitu:

  1. Mi Store KLCC
  2. Mi Store Pavilion
  3. Mi Store Mid Valley
  4. Mi Store One Utama
  5. Mi Store IOI City Mall Putrajaya
BACA  SOCAR dan KFC bekerjasama bagi ayam goreng dan pandu kereta percuma

Untuk menarik minat orang ramai, pendaftaran pelan Durian Man ini melayakkan untuk menyertai cabutan bertuah. Hadiah disediakan seperti telefon pintar Xiaomi dan kredit Durian Man.

Maklumat lanjut tentang e-Sim Durian Man ini boleh dirujuk di Facebook Mi Malaysia.

[Sumber: Facebook Mi Malaysia]