fbpx

Kontraktor MRT dan lebuhraya punca gangguan internet seluruh Malaysia

Gangguan internet yang melanda Telekom Malaysia (TM) nampaknya memberi kesan kepada pengguna unifi, Streamyx, unifi Mobile serta servis berkaitan bukan sahaja di Selangor, tetapi meliputi zon Tengah, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan TM, masalah ini berikutan insiden kabel fiber terputus akibat kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor pihak ketiga MRT di Sentul, serta kontraktor Lebuhraya Pantai Timur Sabak Bernam, di Sabak Bernam.

Pasukan teknikal TM telah memulakan kerja baik pulih sebaik sahaja laporan diterima. Sehingga kini, kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan tetapi TM telah mengubah laluan trafik dan memulihkan semua servis internet. Orang ramai boleh menikmati servis internet seperti biasa pada pukul 10 pagi ini.

Di samping itu, pihak TM telah melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa tempatan untuk memastikan masalah yang sama tidak berulang. TM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang berkaitan.

TM turut berpesan, pelanggan yang masih bermasalah untuk menghubungi khidmat pelanggan TM menerusi Live Chat di aplikasi [email protected] atau di unifi.com.my/chat, tweet ke @helpmeunifi atau di Facebook weareunifi.

BACA  TM bantu Digi luaskan capaian dan pertingkat prestasi rangkaian