ZenFone Max Pro M2 ada tiga kamera belakang?

ASUS Malaysia baru semalam memberi petunjuk ketibaan telefon pintar baru mereka pada 11 Disember nanti. Ia dikatakan adalah ZenFone Max Pro M2, pengganti kepada model ZenFone Max Pro M1 yang popular dek prestasi tinggi dan harganya yang lebih murah dari biasa.

Masih tiada maklumat berkenaan perkara baru tentang ZenFone Max Pro M2, tetapi dari sebuah gambar yang dikongsi oleh ASUS Indonesia, mungkin kita temui sesuatu.

Gambar yang menyebut ketibaan Pro sebenar pada 11 Disember di Indonesia, menampilkan bahagian atas telefon, depan dan belakang. Boleh dilihat takuk yang menempatkan kamera hadapan, mungkin satu lensa.

Tetapi lebih menarik adalah di belakang, seakan-akan terdapat tiga lensa kamera padanya. Susunan lensa menegak di kamera belakang ZenFone Max Pro M2 ini seperti yang terdapat pada Huawei P20 Pro. Jika benar, apakah pula fungsi 3 lensa ini?

Roland Quandt, seorang yang sering memberi berita terbocor dengan agak tepat, berkongsi satu maklumat yang beliau terima. Menurutnya, ZenFone Max Pro M2 dengan nombor model ZB631KL akan memiliki skrin 6.0-inci FHD+, CPU Snapdragon 660 bersama 4GB RAM dan storan 64/128GB. Beliau juga menyatakan, ia memiliki tiga kamera tetapi tiada maklumat lanjut.

Tambah Roland lagi, terdapat model kedua ZenFone Max M2 tanpa Pro di namanya dengan nombor model ZB633KL, memiliki skrin yang sama tetapi dikuasakan CPU Snapdragon 636, RAM 4GB dan storan 32/64GB sahaja. Malah, ia datang dengan dwi-kamera belakang.

BACA  TSMC Selesai Bangunkan Proses Penghasilan Cip 5nm

Jika benar, ia adalah telefon pintar pertama dari ASUS dengan tiga kamera belakang. Malah, ia juga mungkin telefon tiga kamera belakang paling murah, jika dibandingkan dengan model sedia ada seperti Galaxy A7 2018 (RM1,299), Huwaei P20 Pro (RM2,949), Huawei Mate 20 (RM2,799) dan Huawei Mate 20 Pro (RM3,599). Itupun kalau ASUS boleh mengekalkan tanda harga di bawah RM1,000 untuk ZenFone Max Pro M2.

Apa pun, kita tunggu 11 Disember nanti untuk pengesahan.