Menangi Edisi Terhad Honor Play Player Edition RED x AUDI dari kami

Baru-baru ini, kami menerima sebuah bungkusan dari Honor Malaysia. Apabila dibuka, ia merupakan sebuah telefon pintar edisi terhad keluaran mereka: Honor Play Player Edition RED x AUDI.

Kami pun membelek-belek, apakah kelebihan telefon pintar edisi terhad ini. Berikut adalah laporan kami setelah mengkajinya selama 10 minit.

Secara ringkasnya, ia adalah telefon pintar yang sama dengan edisi biasa. Seperti dikuasakan cip pemproses Kirin 970 dengan GPU Turbo, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Bateri juga 3,750mAh dan disertakan pengecas pantas.

Kamera juga tidak diubah, dwi-lensa di belakang 16MP+2MP dan lensa tunggal 16MP di hadapan. Skrin masih sama besar, 6.3-inci dengan takuk di dahi.

Apa yang membezakan Honor Play Player Edition dengan edisi biasa, ialah kemasan belakang. Edisi biasa tiada ukiran selain garis antena di atas dan bawah, sebaliknya Player Edition ditambah rekaan litar elektronik di belakang. Untuk memberi rupa yang lebih garang.

Tetapi Honor Play Player Edition yang ada pada kami ini lebih eksklusif. Berbanding warna hitam, telefon pintar yang kami ada ini berwarna merah garang, dan dibungkus dalam kotak eksklusif Honor Play x Audi LMS Sport.

Di dalamnya juga terdapat surat ucapan terima kasih dari CEO Honor, George Zhao. Dan paling penting, terdapat kereta permainan Audi R8 LMS Sport diberikan bersama. Lagi best, Honor Malaysia kata, ada 10 unit je edisi terhad ni kat Malaysia.

Dah faham kan, perbezaan honor Play edisi biasa, dengan honor Play Player Edition serta Honor Play Player Edition RED x AUDI? Kalau masih tak faham tak mengapa, ada benda lain yang lebih penting.

Perkara paling utama sekarang ialah, kami nak berikan salah satu dari 10 unit Honor Play Player Edition RED x AUDI ini kepada pembaca bertuah! Tetapi dengan syarat. Sila tonton video di bawah sehingga ke akhirnya.

BACA  Ini senarai aplikasi Google yang boleh menjimatkan bateri

Dah habis tonton? Jadi kita ulang semula syarat untuk memenangi Honor Play Player Edition RED x AUDI ini.

PERTAMA, pemberian hadiah ini akan diaktifkan bila Facebook Page Honor Malaysia mencecah 700 ribu LIKE, selewat-lewatnya pada 30 November 2018. Sudah tentulah anda juga perlu LIKE Facebook Page tersebut. Ajak sekali kawan-kawan dan keluarga untuk LIKE bagi memastikan ia mencecah 700 ribu LIKE pada waktunya.

KEDUA, di dalam Youtube Video di atas, tinggalkan komen kenapa anda yang layak memenangi hadiah ini, selewat-lewatnya pukul 11.59 malam pada 30 November 2018. Anda boleh tinggalkan dulu komen sementara kita tunggu Facebook Page Honor Malaysia dapat 700 ribu LIKE.

Sementara anda dah ada di sini, jangan lupa LIKE Facebook Page SoyaCincau BM dan Subscribe YouTube SoyaCincau BM sekali.

Sama-sama kita berusaha untuk menjayakan pemberian hadiah ini. Terima kasih juga kepada Honor Malaysia atas pemberian hadiah ini.