Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Laman ini senaraikan aplikasi Google yang telah berkubur

Jika anda berada di internet, sudah pasti anda mengenali Google. Mereka ialah sebuah gergasi perkhidmatan internet yang sangat popular dengan enjin carian.

Lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan telefon pintar Android, sudah pasti banyak aplikasi berkaitan Google yang terdapat di dalam. Antaranya ialah Gmail, Maps, Drive, YouTube, Duo, Photos dan banyak lagi.

Tetapi tahukah anda, Google telah menghasilkan begitu banyak perisian dan perkhidmatan dengan fungsi yang hampir serupa, tetapi ditamatkan pembangunannya? Anda boleh menyemak hayat beberapa perkhidmatan Google yang telah tamat ini, di laman Perkuburan Google yang dibangunkan oleh Naeem Nur.

Antara aplikasi popular mereka yang telah terkubur adalah seperti:

  • Google Plus (2011-2018)
  • Google Talk (2005-2017)
  • Picasa (2002-2016)
  • Google Reader (2005-2013)
  • Google Videos (2005-2012)

Laman gcemetery.co turut menerangkan mengapa Google menamatkan perkhidmatan tersebut. Kebanyakannya disebabkan terdapat perkhidmatan Google lain yang mempunyai fungsi yang sama. Seperti Google Videos dan YouTube, serta Picasa dan Google Photos.

Apakah perkhidmatan Google yang paling menjadi kenangan anda tetapi telah ditamatkan? Jika ada yang tidak terdapat di gcemetery.co, anda boleh meninggalkan komen di sana buat pengetahuan naeem untuk dikemaskini.

BACA  Menteri tuduh Veveonah berbohong, cari publisiti isu liputan Internet