• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei

  • OLEH Najib
  • 10:26 am
  • 26/11/2018
  • Komen
Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Amerika Syarikat (AS) telahpun mengharamkan penggunaan produk Huawei dan ZTE dalam bidang telekomunikasi di negara mereka. AS juga telah menghasut Kanada untuk mengikut jejak langkah mereka.

Terkini, AS meluaskan lagi hasutan mereka kepada rakan sekutu antaranya Jerman, Jepun dan Itali untuk menyertai kempen pengharaman produk China. Kerajaan Australia telahpun menghentikan rancangan untuk meluaskan rangkaian 5G mereka dengan bantuan Huawei, walaupun telah bersetuju sebelum ini.



Menurut AS, syarikat China kuat dipengaruhi oleh kerajaan China dan dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan kerajaan negara lain, terutama maklumat risikan AS dan rakan sekutu. Walaupun AS menggunakan rangkaian mereka sendiri dalam kawasan ketenteraan di luar negara, masih terdapat sebahagian rangkaian melalui rangkaian komersial yang diguna orang ramai.

Rasa takut AS ini ditambah lagi melalui laporan oleh ketua FBI, Christopher Wray yang menerangkan pengasas Huawei, iaitu Ren Zhengfei adalah bekas pegawai Tentera Pembebasan Rakyat China. Ia berfungsi sebagai cabang ketenteraan bagi Parti Komunis China, iaitu parti pemerintah di China.



Langkah ini dilihat sebagai sebahagian dari perang saraf antara AS dan China untuk penguasaan ekonomi dunia. AS telah mengetatkan undang-undang pelaburan luar negara terutama dari China, serta telah mengenakan cukai untuk produk dari China.

[Sumber: GSMarena, WSJ]

Tags: amerika syarikatHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei

Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei

26 November 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN