Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iPad Pro generasi ke-2 sudah mula dijual di Malaysia

Diumumkan kemunculannya pada akhir bulan lepas, kini iPad Pro generasi ke-2 dengan sambungan USB-C sudah mula dijual di Malaysia. Kedua-dua saiz skrin telah disenaraikan dan ia boleh dimiliki sebelum cuti hari Natal bermula.

Tablet iPad Pro yang baru kini datang dalam dua saiz, 11-inci dan 12.9-inci. Terdapat hanya dua warna disediakan iaitu Silver dan Space Gray, mungkin kerana disasarkan untuk golongan profesional.

Ada 4 kapasiti storan ditawarkan iaitu 64GB, 256GB, 512GB dan 1TB dalam dua jenis rangkaian, WiFi sahaja dan WiFi+ Selular. Harganya bermula dari serendah RM3,499 untuk versi 11-inci WiFi 64GB, sehinggalah yang mahal berharga RM8,199 iaitu model 12.9-inci 1TB WiFi+Selular.

Senarai penuh harga iPad Pro 2018 bersama aksesorinya adalah seperti berikut:

iPad Pro 2018 11β€³ Wi-Fi

  • 64GB – RM 3,499
  • 256GB – RM 4,149
  • 512GB – RM 4,999
  • 1TB – RM 6,699

Pad Pro 2018 11β€³ Wi-Fi+LTE

  • 64GB – RM 4,149
  • 256GB – RM 4,799
  • 512GB – RM 5,649
  • 1TB – RM 7,349

iPad Pro 2018 13β€³ Wi-Fi

  • 64GB – RM 4,349
  • 256GB – RM 4,999
  • 512GB – RM 5,849
  • 1TB – RM 7,549

Pad Pro 2018 13β€³ Wi-Fi+LTE

  • 64GB – RM 4,999
  • 256GB – RM 5,649
  • 512GB – RM 6,499
  • 1TB – RM 8,199

Aksesori

  • 2nd gen Apple Pencil – RM549
  • 11β€³ Smart Keyboard Folio – RM769
  • 12.9β€³ Smart Keyboard Folio – RM869
  • 11β€³ Smart Folio Cover – RM329
  • 12.9β€³ Smart Folio Cover – RM419
  • USB-C to 3.5mm headphone adapter – RM49

Pada waktu artikel ini ditulis, semua aksesori di atas telah mula dijual kecuali Apple Pencil yang baru. Tidak dimaklumkan pula bilakah ia akan mula dijual.

BACA  Apple Watch series 6 boleh mengesan tahap oksigen dalam darah

Kepada yang berminat untuk mendapatkan iPad Pro terbaru ini, boleh membelinya di Stor Online Apple Malaysia. Ia akan dihantar dalam masa 7-10 hari bekerja. Kenali iPad Pro 2018 ini dengan lebih lanjut lagi menerusi laporan kami di sini.