• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:03 pm
  • 26/11/2018
  • Komen
OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?
Share on FacebookShare on Twitter

Night mode generasi baru pertama kali diperkenalkan pada Huawei di P20 Pro. Tidak seperti long exposure yang boleh anda guna pada mode pro sesetengah kamera, night mode yang Huawei perkenalkan ini tidak memerlukan tripod untuk beroperasi tapi masih mengekalkan ketajaman gambar. Fungsi yang hampir serupa turut diperkenalkan OPPO pada R17 Pro mereka.

Contoh gambar night mode daripada R17 Pro tanpa menggunakan tripod



Jika anda terlepas kereta api, pada 23 November 2018 yang lalu, saya ada utuskan dua keping gambar di Facebook kami untuk anda pilih gambar mana yang lebih anda sukai. Gambar yang saya kongsikan adalah pemandangan malam menara berkembar KLCC menggunakan night mode daripada dua telefon iaitu OPPO R17 Pro dan Huawei Mate 20 Pro. Masalahnya, saya tidak pula memberitahu gambar itu milik telefon yang mana.

Sepanjang tiga hari saya biarkan anda mengundi gambar itu dan ini hasilnya.



Berdasarkan carta pai, daripada 330 respons, 80 peratus daripadanya memihak kepada gambar B dan selebihnya memilih gambar A. Pada ruangan komen setiap gambar pula, reaksi bercampur turut boleh dilihat walaupun gambar beresolusi penuh dikepilkan bersama utusan itu.

Ruangan komen gambar A (kanan)

Ruangan komen gambar B (kanan)

Adakah anda bersedia untuk jawapannya?

[nextpage title=”Jawapan Teka-Teki”]

Adakah hasilnya di dalam jangkaan anda? Ini adalah analisis saya keatas kedua-dua gambar itu. Anda boleh muat turun gambar resolusi penuh di sini.

Dua gambar (kiri OPPO R17 Pro, kanan Mate 20 Pro) menggunakan night mode daripada lokasi yang sama

Daripada segi white balance, OPPO R17 Pro memiliki profil yang lebih suam berbanding Mate 20 Pro yang ada profil yang lebih sejuk. Tapi bagi saya, warna yang lebih tepat berbanding keadaan tempat saya berada ketika itu adalah daripada gambar Mate 20 Pro. Tapi ia bukanlah satu isu yang besar kerana white balance boleh disunting dalam APP kemudian.

Untuk exposure pula, OPPO R17 Pro ada julat HDR yang lebih luas. Ia boleh dilihat di hujung banggunan KLCC. Saya rasakan sedikit over expose daripada Mate 20 Pro berbanding OPPO R17 Pro yang mampu hasilkan butiran tingkap pada banggunan.

Beralih pada ketajaman, saya zum dan crop gambar pada saiz 1080 piksel segi empat sama. Saya dapati R17 Pro sedikit tajam berbanding Mate 20 Pro. Anda boleh lihat pada bahagian bawah jambatan langit di tingkat 41 KLCC yang lebih tajam. Tapi perbezaannya tidaklah terlalu ketara sehingga boleh dilihat dengan mata kasar tanpa mengezum.

OPPO R17 Pro

Mate 20 Pro

[nextpage title=”Lihat Juga 3 Gambar Ini”]

Saya juga ambil beberapa gambar lain untuk lebih kukuhkan analisis saya. Gamabr di bawah ini adalah satu papan tanda berhampiran.

Mate 20 Pro masih mengekalkan profil warna lebih sejuk dan lebih tepat berbanding lawannya. Daripada segi ketajaman, kedua-duanya tidak setajam seperti sebelumnya dan ada sedikit motion blur pada mereka. Sungguhpun begitu,  R17 Pro masih ada julat HDR yang tinggi seperti yang anda boleh lihat pada kulit kayu di belakang papan tanda.

Satu lagi contoh adalah papan tanda di lebuh raya. Kategori HDR dan ketajaman masih berpihak pada R17 Pro tapi pada exposure dan white balance, saya lebih gemarkan hasil Mate 20 Pro kerana pada bahagian rumput di kaki tiang, butiran yang berjaya diperoleh lebih banyak.

Night Mode Menggunakan Tripod

Satu lagi pemboleh ubah yang saya cuba dalam ujian kali ini adalah menggunakan tripd bersama-sama night mode. Di sinilah saya dapati night mode pada Mate 20 Pro lebih menyerlah berbanding R17 Pro. Gambar berikut adalah night mode yang ditambat pada sebuah tripod.

Night mode menggunakan tripod

Sekilas pandang, OPPO R17 Pro miliki warna yang lebih terang, tahap kontras yang tinggi dan lebih tajam. Tapi semua itu boleh dicapai menggunakan APP suntingan gambar. Tapi yang memegunkan saya adalah pada teknologi AI yang ada pada Mate 20 Pro.

Lebuh raya di Lembah Klang bukanlah sentiasa lengang daripada kenderaan. Tapi menggunakan night mode pada Mate 20 Pro, saya beroleh jalan raya yang lengang seperti pemandangan Walking Dead. Yang saya perasan, dedahan night mode oleh Mate 20 Pro pada gambar di atas adalah 17 saat. Teori saya adalah, sistem AI Huawei membandingkan semua data yang dihimpun sepanjang 17 saat dedahan.

Contohnya, ada kereta dalam bingkai saat ke-1 tapi dalam 16 saat selebihnya, tiada kereta. Jadi kamera akan membuang bingkai itu kerana merasakan ia tidak patut berada disitu.

Berbeza pula dengan OPPO R17 Pro, sungguhpun menggunakan tripod, sistem kamera tidak mengesannya dan tetap menetapkan shutter speed sama seperti semasa tidak menggunakan tripod. Tapi, hasilnya tetap lebih baik berbanding hand held seperti kurangnya kekaburan akibat pergerakkan dan gambar lebih tajam.

Apa pendapat anda tentang analisis ini? Kongsikan pendapat anda di bawah. Semua gambar yang digunakan dalam artikel ini boleh dimuat turun pada pautan ini.

OPPO R17 Pro dijual pada harga RM2,699 manakala Huawei Mate 20 Pro dijual pada harga RM3,599.

Tags: HuaweiHuawei Mate 20 Prooppooppo r17 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?

OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?

26 November 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER