[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

Intro

Menjelang hujung 2018, pasaran Malaysia menerima satu ahli baru dalam kategori midrange. OPPO R17 Pro hadir dan ia mengimbangi antara rupa yang menawan dengan spesifikasi yang tak kurang hebat sedang kebanyakkan pengeluar berlumba-lumba untuk menghasilkan produk semurah mungkin tapi berspesifikasi tinggi dan akibatnya mereka terpaksa mengelat pada kualiti binaan.

Kali terakhir siri R tiba di Malaysia adalah penghujung Mei yang laluOPPO R15 Pro membawakan tanda harga RM2,399 dan memiliki spesifikasi seperti:

  • Paparan 6.28″ FHD+
  • CPU Snapdragon 660
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB (boleh diperluas)
  • Kamera belakang 16MP F1.7 + 20MP F1.7
  • Kamera depan 20MP F2.0
  • Bateri 3,430mAh

OPPO R17 Pro

Tapi untuk R17 Pro, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan. Selain CPU yang diperbaharui, ini adalah serba sedikit perubahannya:

  • Kini ada notch bentuk titisan air
  • Telefon siri R pertama dengan sokongan SuperVOOC
  • Pengimbas cap jari dibelakang paparan
  • Kamera dengan apertur boleh laras
  • Kamera berkeupyaan hasilkan objek 3D secara digital

Bolehkah R17 Pro cemerlang dalam kelasnya dan beri justifikasi jika tanda harganya menyamai R15 Pro dulu? Teruskan membaca reviu ini.

Fizikaliti

Memegang R17 Pro adalah satu pengalaman yang mengasyikkan. Mana taknya, hampir keseluruhan badan telefon ini diselaputi materi kaca yang memberikan rasa premiumnya. Tumpuan patut diberikan kepada keemasan kaca frosted belakangnya.

Dua tona warna digunakan pada keemasannya iaitu indigo dan juga biru. Bergantung pada sudut anda meminati bahagian belakang R17 Pro, anda akan melihat corak pantulan yang berbeza.

Bahagian sisi yang sedikit melengkung memberikan keselesaan apabila berada di dalam genggaman. Tapi pada bahagian kamera belakang, bonjolan kameranya agak tinggi. Oleh sebab itu, amat disarankan untuk memakai casing yang disertakan bersamanya di dalam kotak.

BACA  Jadikan gambar anda kepada sticker whatsapp dengan mudah

Bahagian bawah dagu telefon, anda boleh menemui jeriji speaker, port USB-C dan slot kad SIM disusun sebaris.

Butang kuasa dan kawalan suara masing-masing disusun pada bahagian kiri dan kanan telefon. Ia amat praktikal pada pendapat saya kerana memudahkan saya untuk melakukan screenshot menggunakan sebelah tangan saja.

Beralih kita ke bahagian paparan. Panel AMOLED beresolusi HD penuh sebesar 6.24″ diberikan padanya dan disebalik panel itu, terdapat pengimbas cap jari tertanam di dalamnya. Selain siri R17, satu-satunya telefon yang ada fungsi ini adalah OPPO FIND X.

Bingkainya nipis tapi tidak simetri. Bahagian dagu lebih luas berbanding bahagian sisi dan atasnya. Notch telefon ini berbentuk titisan air dan amat minimum.

Berikut adalah spesifikasi asas OPPO R17 Pro

Paparan6.4" HD Penuh
PemprosesSnapdragon 710
RAM8GB
Storan128GB
Sistem OperasiColorOS 5.2
Android 8.1 Oreo
Kamera belakang12MP F1.5/F2.4
20MP F2.6
3D TOF
Kemera depan25MP F2.0
Bateri3,700mAh
SuperVOOC

Muka 2: Pengalaman Guna

Contents