[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

Kamera

Selepas SuperVOOC, bahagian kamera turut diketengahkan sebagai penguat R17 Pro. Berikut adalah spesfikasi kamera belakang:

  • Kamera 1 12MP F1.5/2.4
  • Kamera 2 20MP F2.6
  • Kamera 3 TOF

Trikamera, tapi kamera ketiga belum diaktifkan kerana perlu menunggu firmware baru

Apakah ia kamera TOF? Kamera TOF adalah ciri yang pertama seumpanya pada sebuah telefon pintar dan menggunakannya, R17 Pro boleh menghasilkan model 3D untuk objek yang dilihatnya.

Caranya berfungsi adalah dengan menembak cahaya terus ke objek dan mengukur pola pantulan yang dihasilkannya. Oleh sebab permukaan 3D menghasilkan corak pantulan berbeza, sensor kamera mampu mengetahui rupa 3D untuk objek yang dilihatnya.

Manfaat yang boleh diberikan kamera TOF adalah seperti penghasilan bokeh yang lebih semula jadi. Kemudian, dunia AR/VR juga akan jadi lebih menarik dengan kehadiran komponen dengan keupayaan lebih tinggi.

Kamera depan pula ada sensor 25MP F2.0.

Daripada sudut UI APP kamera telefon ini, tiada apa yang ingin diberikan komen kecuali ia lengkap dan intuitif. Untuk mode professional, anda boleh mengawal hampir kesemuanya daripada keseimbangan putih hinggalah kelajuan pengatup.

UI kamera yang ringkas dan lengkap

Dalam keadaan cukup pencahayaan, R17 PRO adalah sebuah kamera yang berkuasa. Ada juga fungsi AI yang akan menentukan tetapan kamera dalam pelbagai keadaan.

Keupayaan makro yang baik

Kamera utama dengan sudut pandang luas

Ketajaman pada pencahayaan terhad yang baik

Apertur yang luas berikat kesan bokeh semula jadi

Backlight yang terang tak beri masalah pada telefon ini

Dalam keadaan terlalu terang, apertur akan dikatup ke F2.6 untuk seimbangkan exposure

Tidak terhad di situ, AI turut ada pada fungsi Portrait sebagai fungsi beautification dan hadir untuk kamera depan dan belakang. Anda boleh mengubah tahap suntingan digital keatas wajah anda kalau anda takut kelihatan macam patung Barbie.

BACA  Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi

Selfie HDR

Selfie tiada HDR

Potret Tanpa AI

Portret Dengan AI

Potret Pada Beautification Maksimum

Night mode adalah ciri yang pertama kalinya hadir di produk OPPO. Ia berfungsi seperti night mode sMate 20 Pro. Anda tak perlu gunakan tripod tapi masih boleh tangkap gambar ber-exposure panjang yang tajam.

Tapi anda masih boleh menggunakan night mode walaupun telefon diletakkan di tripod kerana jika anda menggunakan mode Expert untuk long exposure, dedahannya adalah linear tapi untuk night mode, AI akan menentukan dedahan yang sempurna untuk setiap bahagian gambar dan hasilnya tidak akan sama.

Ini adalah contoh hasil daripada night mode.

AI mampu kurangkan kekaburan akibat pergerakan subjek

Pada keadaan pegun, night mode tidak ada masalah merakam butiran

Mode yang sesuai untuk penembak jalanan yang tak bawa kelengkapan yang berat

Jangkakan kekaburan untuk subjek yang bergerak

Tidak perlu pacak tripod pun untuk hasil gambar seperti ini

Kesimpulan

OPPO R17 Pro adalah sebuah telefon berkelas midrange dan ianya terhebat dalam kelasnya pernah dihasilan OPPO. Ia dilengkapi CPU Snapdragon 710 dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Malangnya tiada slot khas untuk meluaskan storan menggunakan kad mikro-SD. Badannya miliki kemasan yang unik menggunakan materi kaca dan dengan teknik khas OPPO, kesan pantulan cahaya pada belakang badan telefon ini adalah cantik.

Teknologi pengecasan pantas SuperVOOC padanya adalah terbaik. Saya mengecas penuh telefon ini dalam masa 35 minit sahaja walaupun bateri yang dimilikinya agak besar iaitu 3,700 mAh. Tapi kekurangannya adalah anda mesti menggunakan kelengkapan yang dibekalkan dan tidak boleh menggunakan kabel ataupun pengecas pihak ketiga untuk menikmati SuperVOOC.

BACA  PDRM kongsi tips keselamatan guna Facebook Dating

Pada kamera, ia dilengkapi trikmera belakang dan ekakamera depan. Kamera belakangnya ada sensor 12MP, 20MP dan TOF. Dua kamera pertama digunakan untuk menangkap gambar manakala kamera TOF berupaya untuk menghasilkan model 3D objek nyata tanpa memerlukan kelengkapan tambahan. Tapi masalahnya, ketika reviu ini ditulis, firmware yang mengaktifkan kamera TOF belum lagi diterbitkan pihak OPPO. Maka, kamera ketiga OPPO R17 Pro adalah tidak berguna buat masa ini.

Kamera depan pula ada fungsi HDR yang digunakan sekiranya latar belakang lebih terang daripada subjek.

Ia menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo yang bersadur ColorOS 5.2. Ia lebih mirip pada iOS kerana tiada APP Tray tapi jika anda biasa dengan Android tulen, anda boleh gunakan launcher pihak ketiga tanpa masalah.

OPPO R17 Pro dijual pada harga RM2,298 sebuah dan harganya agak premium untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Tapi di Malaysia, masih belum ada telefon yang menggunakan Snapdragon 710 dijual secara rasmi. CPU yang paling hampir kuasanya dengan 710 adalah seperti Snapdragon 660 dan Kirin 710. Terdapat beberapa model yang boleh anda temui dijual secara rasmi di Malaysia seperti:

Kesemua pesaing-pesaing ini miliki tanda harga yang jauh lebih murah. Tapi R17 Pro memiliki binaan yang lebih tegap dan premium, sesuatu yang kurang pada telefon sekelas dengannya yang lebih murah.

Contents