fbpx

OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?

Lihat Juga 3 Gambar Ini

Saya juga ambil beberapa gambar lain untuk lebih kukuhkan analisis saya. Gamabr di bawah ini adalah satu papan tanda berhampiran.

Mate 20 Pro masih mengekalkan profil warna lebih sejuk dan lebih tepat berbanding lawannya. Daripada segi ketajaman, kedua-duanya tidak setajam seperti sebelumnya dan ada sedikit motion blur pada mereka. Sungguhpun begitu,  R17 Pro masih ada julat HDR yang tinggi seperti yang anda boleh lihat pada kulit kayu di belakang papan tanda.

Satu lagi contoh adalah papan tanda di lebuh raya. Kategori HDR dan ketajaman masih berpihak pada R17 Pro tapi pada exposure dan white balance, saya lebih gemarkan hasil Mate 20 Pro kerana pada bahagian rumput di kaki tiang, butiran yang berjaya diperoleh lebih banyak.

Night Mode Menggunakan Tripod

Satu lagi pemboleh ubah yang saya cuba dalam ujian kali ini adalah menggunakan tripd bersama-sama night mode. Di sinilah saya dapati night mode pada Mate 20 Pro lebih menyerlah berbanding R17 Pro. Gambar berikut adalah night mode yang ditambat pada sebuah tripod.

Night mode menggunakan tripod

Sekilas pandang, OPPO R17 Pro miliki warna yang lebih terang, tahap kontras yang tinggi dan lebih tajam. Tapi semua itu boleh dicapai menggunakan APP suntingan gambar. Tapi yang memegunkan saya adalah pada teknologi AI yang ada pada Mate 20 Pro.

Lebuh raya di Lembah Klang bukanlah sentiasa lengang daripada kenderaan. Tapi menggunakan night mode pada Mate 20 Pro, saya beroleh jalan raya yang lengang seperti pemandangan Walking Dead. Yang saya perasan, dedahan night mode oleh Mate 20 Pro pada gambar di atas adalah 17 saat. Teori saya adalah, sistem AI Huawei membandingkan semua data yang dihimpun sepanjang 17 saat dedahan.

BACA  4 Tip Berguna Huawei Untuk Maksimumkan Pengalaman Bercuti Anda

Contohnya, ada kereta dalam bingkai saat ke-1 tapi dalam 16 saat selebihnya, tiada kereta. Jadi kamera akan membuang bingkai itu kerana merasakan ia tidak patut berada disitu.

Berbeza pula dengan OPPO R17 Pro, sungguhpun menggunakan tripod, sistem kamera tidak mengesannya dan tetap menetapkan shutter speed sama seperti semasa tidak menggunakan tripod. Tapi, hasilnya tetap lebih baik berbanding hand held seperti kurangnya kekaburan akibat pergerakkan dan gambar lebih tajam.

Apa pendapat anda tentang analisis ini? Kongsikan pendapat anda di bawah. Semua gambar yang digunakan dalam artikel ini boleh dimuat turun pada pautan ini.

OPPO R17 Pro dijual pada harga RM2,699 manakala Huawei Mate 20 Pro dijual pada harga RM3,599.

Contents