Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Harga iPhone mungkin naik kerana perang ekonomi Amerika-China

Langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengurangkan kebergantungan pihak luar terutamanya dari China, akan memberi kesan besar kepada produk yang dihasilkan dari luar dan diimport masuk ke AS. Kerajaan AS pada bulan Jun lepas, telah mengumumkan cukai terhadap produk teknologi dari China.

Dalam satu temubual bersama Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, Trump memberi maklum balas tentang cukai berkenaan telefon pintar dan komputer yang diimport dari China. Terutama sekali iPhone.

Menurut Trump, iPhone mungkin akan dikenakan cukai bergantung kepada kadarnya, mungkin sebanyak 10%. Tambah beliau lagi, orang ramai tidak akan berhadapan masalah dengan kadar cukai tersebut.

iPhone XR (kiri) dan iPhone XS (kanan)

Jika cukai ini dikenakan kepada iPhone, berkemungkinan besar ia tidak akan diserap oleh Apple. Sebaliknya, ia akan disalurkan terus kepada pengguna.

Semasa cukai ini diumumkan pada bulan Jun lepas, Apple Watch dan AirPods telah disenaraikan di bawah cukai 25%. Bagaimanapun Apple membuat rayuan dengan alasan, ia akan meningkatkan kos produk Apple yang menjadi keperluan harian pengguna. Ajaibnya, ia dikeluarkan dari senarai cukai tidak lama kemudian.

Pengumuman Trump ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Trump telah sekian lama meminta Apple untuk memasang produknya di tanah AS. Walaupun majoriti penyelidikan dan pembangunan Apple dibuat di AS, kebanyakan pemasangan produk masih dibuat di luar negara.

Langkah Trump ini menyamai apa yang dibuat oleh kerajaan India dan Indonesia. Kerajaan India dan Indonesia mengenakan cukai terhadap telefon pintar yang dipasang di luar negara mereka.. Bagi mengurangkan harga peranti, beberapa jenama telah membuka kilang pemasangan di India dan Indonesia, antaranya ialah OPPO, Xiaomi dan Samsung.

BACA  Shopee jelaskan isu pekerja penghantaran mencampak barang ke dalam rumah pelanggan

Jika benar pun produk iPhone akan dikenakan cukai di AS, ia sepatutnya tidak memberi kesan kepada produk Apple di negara lain. Seperti Malaysia, pemasangan produk Apple di China lebih menjimatkan kerana lebih dekat.

Tetapi melihatkan cara Apple menangani pelaksanaan GST di Malaysia beberapa tahun lepas, pastinya sebarang cukai yang dikenakan akan disalurkan terus kepada pengguna. Jangan pula cukai di AS yang tiada kena mengena, pun nak dikenakan di Malaysia.

[Sumber: CNET]