• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sunway Pyramid menguji cara keluar masuk parkir lebih pantas

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 27/11/2018
  • Komen
Sunway Pyramid menguji cara keluar masuk parkir lebih pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Mencari tempat meletak kenderaan di pusat membeli-belah yang sibuk agak memenatkan, terutama di waktu puncak. Dengan pengenalan lampu hijau/merah yang menandakan parkir tersebut kosong, ia banyak membantu pemandu. Pusat membeli-belah Sunway Pyramid merupakan antara yang terawal memperkenalkan sistem ini di tempat meletak kenderaan mereka.

Baru-baru ini, Sunway Pyramid berkongsi video tentang perkara baru yang akan mereka gunakan di tempat meletak kenderaan. Video tersebut menunjukkan cara yang pantas untuk masuk dan keluar dari tempat meletak kenderaan.



Caranya, apabila kereta itu hendak masuk ke tempat meletak kenderaan, ia akan mengimbas nombor plat kenderaan dan membuka palang selepas disahkan. Tiada tiket diperlukan dalam sistem ini.

Begitu juga bila mahu keluar, ia akan mengimbas nombor plat untuk pengesahan. Ia sedikit sebanyak seperti menggunakan SmartTag di lebuhraya.



Cuma ia tidak menunjukkan bagaimana caranya pembayaran dibuat. Kami jangka, ia menggunakan sistem dompet elektronik (e-wallet) dan menolak bayaran parkir dari dompet tersebut. Mungkin satu lagi e-wallet baru diperlukan untuk ini.

Jika ia dilaksanakan, ia memang dapat menjimatkan banyak masa untuk masuk dan keluar dari parkir. Malah, tidak perlu risau lagi kehilangan tiket parkir. Cuma, sejauh mana ia boleh mengesan huruf di nombor plat, memandangkan tiada standard nombor plat bagi kenderaan di Malaysia. Terlalu banyak rupa dan rekaan.

Pelbagai rekaan nombor plat di Malaysia

Dalam video itu lagi, Sunway Pyramid menjelaskan akan berkongsi lebih banyak maklumat selepas selesai menguji sistem ini.

Tags: Sunway Pyramid
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Sunway Pyramid menguji cara keluar masuk parkir lebih pantas

Sunway Pyramid menguji cara keluar masuk parkir lebih pantas

27 November 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER