• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jualan perlahan iPhone XS paksa Apple kurangkan tempahan kali kedua

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 28/11/2018
  • Komen
Jualan perlahan iPhone XS paksa Apple kurangkan tempahan kali kedua
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun menjelang hujung tahun yang sering dikaitkan dengan waktu terbaik membeli-belah, permintaan terhadap telefon pintar terbaru Apple masih tidak menunjukkan peningkatan. Apple terpaksa mengambil langkah mengurangkan tempahan komponen terhadap iPhone XS dan iPhone XR. Ia dilaporkan permintaan kedua Apple dalam waktu terdekat.

Sebagai akibatnya, ia memberi kesan domino kepada pembekal di pelbagai industri terutama sekali dari Taiwan. Mereka terpaksa menyemak semula laporan pendapatan, malah ada yang terpaksa membuang pekerja untuk berhadapan dengan permintaan yang menurun.



DigiTimes melaporkan, pembekal lensa kamera iPhone, Largan Precision telah menganggarkan pendapatan mereka di bulan November menurun berbanding Oktober. Sementara itu di Career Technology, pembekal papan induk untuk iPhone, baru-baru ini memberhentikan 110 orang pekerja kerana pengurangan tempahan.

Perkara yang sama dijangka berlaku kepada pembekal perkakas iPhone yang lain, di mana mereka turut mengganggarkan pendapatan menurun untuk bulan November.



Perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Apple memutuskan untuk tidak lagi melaporkan jumlah unit jualan produk mereka di dalam laporan pendapatan. Ia dikatakan untuk mengalih perhatian dari jumlah unit yang terjual, kepada jumlah wang yang diterima dari jualan.

Baru-baru ini, Apple dilaporkan akan kembali menghasilkan iPhone X yang telah dihentikan pembuatannya selepas iPhone XS dan XR dilancarkan. Ini kerana Apple terpaksa memenuhi kontrak tempahan minima, paparan OLED bersama Samsung Display. Ia untuk menggantikan permintaan terhadap iPhone XS dan XR yang rendah.

[Sumber: TechnoBuffalo, DigiTimes]

Tags: appleiphone
Najib

Najib

POPULAR

Jualan perlahan iPhone XS paksa Apple kurangkan tempahan kali kedua

Jualan perlahan iPhone XS paksa Apple kurangkan tempahan kali kedua

28 November 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN