Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Xperia XZ4 telefon pertama Sony dengan tiga kamera belakang

Diam tak diam, Sony sebenarnya masih lagi menghasilkan telefon pintar. Mereka dijangka akan melancarkan beberapa model telefon pintar di pameran MWC 2019 akan datang. Tetapi hari ini tibanya satu khabar tentang model flagship mereka.

Pembocor berita @onleaks telah berkongsi maklumatnya bersama MySmartPrice berkenaan telefon pintar Sony Xperia XZ4. Ia akan menjadi telefon pintar pertama dari Sony dengan tiga kamera belakang.

Sony Xperia XZ4 ini akan memiliki skrin berukuran 6.5-inci dalam nisbah 21:9, jauh lebih besar dari Xperia XZ3 yang memiliki skrin 6.0-inci QuadHD+ OLED. Pengimbas capjarinya tiada di depan atau belakang, kerana ia terletak di sisi bergabung dengan butang kuasa. Ia sama seperti yang terdapat di Xperia Z5 dahulu.

Walaupun Sony pengeluar sensor kamera terbesar di dunia, mereka agak lambat dengan inovasi di peranti. Untuk dwi-kamera, peranti pertama yang dipasang dengannya ialah Xperia XZ2 Premium yang dilancarkan pada bulan April 2018.

Bagi Xperia XZ4, dikhabarkan ia akan dipasang tiga lensa kamera belakang tetapi tiada maklumat tentang lensa tersebut. Di Xperia XZ2 Premium, lensa kedua ialah sensor monokrom yang membolehkan tangkapan gambar yang lebih teliti terutama dalam suasana malap.

Seperti kebanyakan perantinya sebelum ini, Xperia XZ4 akan ada butang kamera khas di sisi untuk pengalaman mengambil gambar seperti kamera sebenar.

Jek fon kepala 3.5mm telah hilang sejak Xperia XZ2, jadi ia juga tidak terdapat di Xperia XZ4. Pengguna perlu menggunakan sambungan USB-C untuk menggunakan fon kepala berwayar. Untuk gambaran lebih jelas, mereka berkongsi video peranti secara 360-darjah.

Tiada juga sebarang khabar tentang perkakas dalaman yang akan digunakan, tetapi dijangkakan cip pemproses Qualcomm yang lebih baru, Snapdragon 8150 akan dipasang di dalamnya. Selain itu, kekalisan air IP68 dan speaker stereo turut dijangka kekal di Xperia XZ4.

BACA  5 perkara anda perlu tahu tentang Nvidia RTX 30

Semakin hampir dengan tarikh pelancarannya kelak, pasti lebih banyak berita yang akan diterima. Kita nantikan juga pengumumannya rasminya menjelang pameran MWC 2019.

[Sumber: MySmartPrice, OnLeaks]