Ini cara terbaru Huawei buang takuk di skrin

Huawei memiliki banyak model telefon pintar yang memiliki takuk di dahi skrin seperti Nova 3, P20 dan Mate 20. Tetapi trend takuk di skrin ini nampaknya mula berkurangan dan Huawei sendiri telah memperlihatkan cara mereka untuk skrin nirbingkai tanpa takuk.

Dalam satu konsert oleh penyanyi China, Jackson Yee, yang turut menyambut hari lahir ke-18, Huawei telah menghadiahkan sebuah telefon pintar yang tidak dikenali modelnya.

Seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas, telefon tersebut memiliki casing dan skrinnya dilihat memenuhi hampir seluruh ruang tanpa adanya takuk. Cuma terdapat satu lubang di atas kiri skrin, yang dikatakan tempat untuk kamera hadapan.

Sayangnya belakang telefon tidak diperlihatkan. Tak dapat nak tahu berapa banyak kamera ada dibelakangnya. Untuk melihatnya dengan lebih teliti, boleh semak terus di video ini, pada minit 35:35.

Skrin yang digunakan telefon Huawei ini, sama seperti skrin Infinity-O Samsung, yang dikhabarkan akan digunakan pertama kali di telefon pintar Samsung Galaxy A8s akan datang.

Jadi, siapakah yang akan mula-mula melancarkan telefon pintar dengan skrin seperti ini? Huawei atau Samsung?

Adakah anda rasa skrin tanpa takuk seperti ini lebih baik dari rekaan skrin lain? Mi MIX 3 dengan skrin boleh lungsur pun nampak menarik.

[Sumber: WinFuture]

BACA  Laman ini senaraikan aplikasi Google yang telah berkubur
Share