• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gojek akan tembusi Singapura, Thailand dan Filipina, tiada pelan untuk Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 30/11/2018
  • Komen
Gojek akan tembusi Singapura, Thailand dan Filipina, tiada pelan untuk Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Gojek, perkhidmatan pengangkutan seperti Grab yang berasal dari Indonesia, mengumumkan percubaan perkhidmatan mereka di Singapura. Aplikasi BETA Gojek kini boleh dimuat turun oleh pengguna di Singapura.

Ketua Pengangkutan Gojek Global, Raditya Wibowo menjangka mereka dapat menarik minat beratus ribu pengguna sebelum ia dilancarkan sepenuhnya, sekitar awal tahun 2019.



Presiden Gojek, Andre Soelistyo berkata kepada pemberita di Singapura, pengguna awal Gojek boleh akan diberi pelbagai kod promosi untuk mula menggunakan Gojek. Tetapi Gojek mahu membezakan perkhidmatan mereka dengan tarikan lain. Beliau yakin Gojek mampu menembusi pasaran Singapura memandangkan mereka masih kukuh di Indonesia walaupun berhadapan dngan dua gergasi sebelum ini.

Gojek telahpun melancarkan perkhidmatan mereka di Vietnam. Mereka akan memulakan percubaan di Thailand pada bulan Disember dan di Filipina selepas itu. Sayangnya, masih belum ada perancangan untuk pasaran Malaysia.



Perkara ini senada dengan apa yang dimaklumkan Menteri Pengankutan Malaysia, Anthony Loke pada Julai lepas. Beliau menjawab soalan dari Khairy Jamaluddin di Parlimen, tiada pelan untuk memperkenalkan Gojek di Malaysia kerana kadar kemalangan motorsikal di Malaysia terlalu tinggi.

Walaupun Gojek memulakan perkhidmatan mereka dengan motorsikal, mereka turut menyediakan perkhidmatan menggunakan kereta dan kenderaan empat roda. Majoriti perkhidmatan Gojek masih menggunakan motorsikal seperti penghantaran bungkusan, makanan dan lain-lain.

Gojek telah menerima dana lebih dari USD2 bilion dari pelabur gergasi seperti Google, Tencent, Meituan serta Temasik Holding dari Singapura. Tetapi Grab lebih dominan apabila memegang lebih 60% pasaran di Indonesia, dan menerima suntikan dana lebih USD6 bilion dari Softbank, Didi Chuxing dan Toyota.

Di Malaysia, pengguna masih mempunyai pilihan selain Grab seperti Mula, Diffride dan MyCar. Tetapi tiada yang dapat memberikan pengalaman penggunaan aplikasi sebaik Grab dan Uber. Kerana itu, ramai pengguna di Malaysia sering mengadu tentang kawalan pasaran Grab seperti harga yang melampau, disebabkan monopoli yang mereka pegang selepas pemergian Uber.

[Sumber: CNBC, StraitsTimes]

Tags: Gojek
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Gojek akan tembusi Singapura, Thailand dan Filipina, tiada pelan untuk Malaysia

Gojek akan tembusi Singapura, Thailand dan Filipina, tiada pelan untuk Malaysia

30 November 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN