fbpx

Kelajuan jalur lebar TNB cecah lebih 900Mbps

Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal elektrik utama di Malaysia, telah dijumpai membuat ujian jalur lebar dengan kelajuan melebihi 900Mbps. Semasa diumumkan awal bulan lepas, sebanyak 1,100 rumah di Jasin, Melaka telah dipilih sebagai projek perintis.

Kelajuan internet menggunakan jalur lebar kepunyaan TNB ini dikongsi di twitter oleh Pos Malaysia Berhad, melalui Pejabat Pos Jasin.

Dari kicauan tersebut, ia menunjukkan kelajuan muat turun setinggi 953Mbps dan kelajuan muat naik 769Mbps, dengan ping serendah 7ms. Kelajuan ini lebih tinggi dari yang ditawarkan unifi menerusi pelan turbo 800Mbps, kepada pengguna lama unifi Advance 100Mbps.

Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang keupayaan jalur lebar TNB kerana ini masih di peringkat ujian. Mungkin Pos Malaysia Berhad diberi keutamaan dalam kelajuan internet sebagai pengguna perniagaan, berbanding pengguna biasa di rumah.

Rangkaian optik fiber TNB merupakan sebahagian dari grid tenaga elektrik TNB. Ia merupakan rangkaian telekomunikasi yang digunakan TNB bagi melancarkan penyaluran tenaga elektrik ke seluruh Malaysia.

Menurut Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, projek ini menjadi platform untuk menguji konsep Akses Terbuka. Ia juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepadapenyertaan dari penyedia perkhidmatan jalur lebar baru dan sedia ada

[Sumber: Pos Malaysia, Amanz]

BACA  Puma Sertai Perlumbaan Jam Tangan Pintar