fbpx

Kerajaan tetap dengan peraturan lesen PSV untuk pemandu e-hailing termasuk Grab

Kerajaan telah menetapkan peraturan sebelum ini, di mana pemandu Grab serta pemandu e-hailing yang lain, untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan awam (PSV). Ia akan dibuat bermula Januari tahun depan dan diberi masa sehingga 22 Julai 2019 untuk berbuat demikian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terdapat pemandu e-hailing yang tidak memiliki lesen PSV selepas tarikh yang ditetapkan.

Menurut beliau lagi, dengan pendapatan ribuan ringgit sebulan, tetapi tidak mahu menduduki kursus PSV dengan bayaran RM100 ke RM200 untuk memilikinya, maka tiada alasan untuk pemandu e-hailing tidak memiliki lesen PSV.

Lesen PSV adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi dan bas. Di Malaysia, lesen PSV dikenakan bayaran RM115 setahun. Tidak pula diberitahu sama ada kos ini akan ditanggung pemandu atau pun syarikat e-hailing.

Anthony menambah, peraturan ini ditetapkan sama seperti pemandu teksi. Ini memastikan semua pemandu kenderaan awam dikenakan peraturan yang serupa, tanpa pilih kasih. Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui di majlis pelancaran pas tanpa had apidKL MY50 dan MY100.

Pada bulan Julai yang lepas, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan beberapa peraturan baru untuk perkhidmatan e-hailing seperti Grab, antaranya pemandu perlu mendapatkan lesen PSV, tiada laporan jenayah, lulus ujian perubatan serta membuat pemeriksaan kenderaan tahunan di Puspakom.

Kenderaan yang ingin digunakan untuk e-hailing juga mestilah menepati syarat minima keselamatan bertaraf 3-bintang ASEAN NCAP, di mana kebanyakan kenderaan jenama Malaysia memiliki taraf 4-bintang. Bagi kenderaan berusia lebih 3-tahun, ia mesti diperiksa di Puspakom dengan bayaran RM55.

Sudah pasti, ada yang tidak bersetuju dengan peraturan ini. Tetapi dengan penguatkuasaan sebegini, ia memberikan keselamatan yang lebih diyakini untuk penumpang. Dengan kos tambahan. Sebagai penumpang, sanggupkah anda membayar lebih untuk keselamatan pengangkutan yang lebih terjamin?

BACA  Huawei umum penurunan harga 6 model telefon pintar, termasuk Mate 20 & P30 Pro

Pemandu tidak mahu kos tambahan ini dikenakan kepada mereka, manakala untuk penyedia perkhidmatan e-hailing, jumlah pemandu yang terlalu ramai membuatkan kos pendaftaran ini agak tinggi untuk ditanggung.

Bagi pemandu, sejumlah 25% dari pendapatan mereka diambil oleh penyedia perkhidmatan e-hailing adalah sangat tinggi. Ia juga tidak termasuk kos penyelenggaraan kereta dan juga kos petrol. Dari sudut lain, perkhidmatan e-hailing boleh membantu menjana pendapatan, tapi sejauh mana ia boleh memberi pendapatan yang selesa buat pemandu?

[Sumber: SoyaCincau]