• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:44 pm
  • 03/12/2018
  • Komen
Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kami lagakan fungsi mengambil gambar malam daripada OPPO R17 Pro dengan Huawei Mate 20 Pro, ramai antara kalian yang pohon untuk sabungkan Google Pixel 3 dengan Mate 20 Pro. Mujurlah sahabat kami di Mobile2Go berbesar hati untuk meminjamkan sebentar sebuah Pixel 3 XL kepada kami untuk merealisasikan permintaan anda.

Sejak 30 November yang lalu, kami utuskan dua gambar pemandangan malam untuk kedua-dua telefon itu diundi oleh anda di Facebook.



Gambar A

Gambar B



Sepanjang hari minggu anda undi dan inilah hasilnya.

Sebanyak 108 repons direkodkan sepanjang tempoh undian. 81 peratus daripadanya lebih menyukai gambar A berbanding gambar B. Baki 20 orang ataupun 19 peratus menggemari gambar B. Tapi seperti biasa kami tidak beritahu ia daripada kamera telefon mana.

Adakah anda bersedia untuk ketahui jawapannya? Terus ke halaman berikutnya.

Halaman Seterusnya

[nextpage title=”Jawapan Teka-Teki”]

Berikut adalah jawapanya. Anda boleh melihat gambar resolusi penuh melalui pautan ini.

Huawei Mate 20 Pro

Google Pixel 3

Jadi 81% peratus daripada respons berpihak pada Mate 20 Pro berbanding Pixel 3 XL. Adakah ia sejadi dengan pendapat anda? Ini adalah analisis saya tentang gambar-gambar di atas. Tapi sebelum itu, saya nak tunjukkan gambar yang saya ambil untuk simulasikan bagaimana pemandangan lokasi seperti yang dilihat mata kami.

Ini apa yang kami nampak di lokasi

Pertama sekali adalah kedua-duanya memberikan exposure lebih baik berbanding gambar di atas. Beberapa papan tanda terus timbul hasil menggunakan fungsi malam telefon masing-masing. Komponen pemampat untuk pendingin hawa pada rumah flat juga terpacul jelas dalam gambar.

Masih mengekalkan profil warna seperti semasa kami ujianya dengan R17 Pro, gambar Mate 20 Pro keluar lebih sejuk berbanding Pixel 3 XL. White balance itu menjadikan keseluruhan gambar sedikit indigo kerana bercampur dengan lampu persekitaran. Saya dapati warna daripada Pixel 3 lebih tepat dengan apa yang saya lihat di tempat kejadian tapi kepekatan warna misalnya bumbung biru sedikit tinggi dan nampak fake.

Daripada segi ketajaman, Mate 20 Pro berikan butiran lebih tinggi dengan cara meningkatkan kontras. Hasilnya, bahagian bebayang dalam kamera Huawei lebih gelap dan mendalam. Di sudut yang bertentangan pula, Pixel 3 XL miliki kontras yang lebih rendah. Anda akan dapati gambarnya seperti ada selapis warna kelabu di atasnya. Tapi ia bukanlah masalah besar kerana ia boleh disunting kemudian.

Daripada hasil gambar, kedua-dua kamera adalah kompeten daripada sudut implementasi. Ia boleh diakses dengan mudahnya dalam APP kamera masing-masing. Walaupun Pixel 3 XL hasilkan gambar berkontras sedikit tinggi dan kurang tajam, anda boleh menggunakan mana-mana APP penyunting gambar seperti Snapseed untuk samakan kualiti dengan Mate 20 Pro.

Tapi, untuk keseluruhannya, saya rasakan Mate 20 Pro lebih versatil berbanding Pixel 3 XL. Walau canggih manapun Pixel, ia masih cuma satu kamera yang menggalas segala tanggung-jawab menangkap gambar. Walhal, Mate 20 Pro ada tiga kamera dengan fungsi khusus, daripada zum hinggalah ke bersudut pandang luas.

Huawei Mate 20 Pro lebih versatil dalam aspek lain

Itu baru sekeping gambar, anda boleh turut melihat beberapa gambar lain yang sempat saya ambil menggunakan kedua-dua telefon.

Sampel Lain

Pixel 3 XL Ada Exposure Lebih Cerah Tapi Dynamic Range Mate 20 Pro Lebih Baik

Hasil kedua-duanya hampir setara kecuali lens flare yang sedikit teruk pada Pixel 3

Pixel 3 XL berjaya melihat dalam gelap tapi hasil kedua-dua gambar macam tak layak untuk media sosial sekalipun

Dalam keadaan ini, Mate 20 Pro dan Pixel 3 XL adalah setara prestasinya

Pixel 3 XL dengan jayanya memberikan exposure yang baik pada subjek

Tags: Googlegoogle pixelGoogle Pixel 3 XLHuaweihuawei mateHuawei Mate 20 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?

Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?

3 December 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER