Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?

Jawapan Teka-Teki

Berikut adalah jawapanya. Anda boleh melihat gambar resolusi penuh melalui pautan ini.

Huawei Mate 20 Pro

Google Pixel 3

Jadi 81% peratus daripada respons berpihak pada Mate 20 Pro berbanding Pixel 3 XL. Adakah ia sejadi dengan pendapat anda? Ini adalah analisis saya tentang gambar-gambar di atas. Tapi sebelum itu, saya nak tunjukkan gambar yang saya ambil untuk simulasikan bagaimana pemandangan lokasi seperti yang dilihat mata kami.

Ini apa yang kami nampak di lokasi

Pertama sekali adalah kedua-duanya memberikan exposure lebih baik berbanding gambar di atas. Beberapa papan tanda terus timbul hasil menggunakan fungsi malam telefon masing-masing. Komponen pemampat untuk pendingin hawa pada rumah flat juga terpacul jelas dalam gambar.

Masih mengekalkan profil warna seperti semasa kami ujianya dengan R17 Pro, gambar Mate 20 Pro keluar lebih sejuk berbanding Pixel 3 XL. White balance itu menjadikan keseluruhan gambar sedikit indigo kerana bercampur dengan lampu persekitaran. Saya dapati warna daripada Pixel 3 lebih tepat dengan apa yang saya lihat di tempat kejadian tapi kepekatan warna misalnya bumbung biru sedikit tinggi dan nampak fake.

Daripada segi ketajaman, Mate 20 Pro berikan butiran lebih tinggi dengan cara meningkatkan kontras. Hasilnya, bahagian bebayang dalam kamera Huawei lebih gelap dan mendalam. Di sudut yang bertentangan pula, Pixel 3 XL miliki kontras yang lebih rendah. Anda akan dapati gambarnya seperti ada selapis warna kelabu di atasnya. Tapi ia bukanlah masalah besar kerana ia boleh disunting kemudian.

Daripada hasil gambar, kedua-dua kamera adalah kompeten daripada sudut implementasi. Ia boleh diakses dengan mudahnya dalam APP kamera masing-masing. Walaupun Pixel 3 XL hasilkan gambar berkontras sedikit tinggi dan kurang tajam, anda boleh menggunakan mana-mana APP penyunting gambar seperti Snapseed untuk samakan kualiti dengan Mate 20 Pro.

BACA  OPPO R17 Pro Melawan Mate 20 Pro: Night Mode Mana Lagi Padu?

Tapi, untuk keseluruhannya, saya rasakan Mate 20 Pro lebih versatil berbanding Pixel 3 XL. Walau canggih manapun Pixel, ia masih cuma satu kamera yang menggalas segala tanggung-jawab menangkap gambar. Walhal, Mate 20 Pro ada tiga kamera dengan fungsi khusus, daripada zum hinggalah ke bersudut pandang luas.

Huawei Mate 20 Pro lebih versatil dalam aspek lain

Itu baru sekeping gambar, anda boleh turut melihat beberapa gambar lain yang sempat saya ambil menggunakan kedua-dua telefon.

Sampel Lain

Pixel 3 XL Ada Exposure Lebih Cerah Tapi Dynamic Range Mate 20 Pro Lebih Baik

Hasil kedua-duanya hampir setara kecuali lens flare yang sedikit teruk pada Pixel 3

Pixel 3 XL berjaya melihat dalam gelap tapi hasil kedua-dua gambar macam tak layak untuk media sosial sekalipun

Dalam keadaan ini, Mate 20 Pro dan Pixel 3 XL adalah setara prestasinya

Pixel 3 XL dengan jayanya memberikan exposure yang baik pada subjek

Contents