• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Galaxy A8s lebih awal dari Huwei nova 4

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 04/12/2018
  • Komen
Samsung lancar Galaxy A8s lebih awal dari Huwei nova 4
Share on FacebookShare on Twitter

Baru semalam Huawei seperti berbangga untuk jadi yang pertama melancarkan telefon pintar nova 4 dengan skrin berlubang di atas. Hari ini, Samsung pula mengumumkan majlis pelancaran Galaxy A8s yang memiliki skrin yang sama, seminggu lebih awal dari pelancaran Huawei nova 4.

Menggunakan platform weibo, Samsung berkongsi poster pelancaran Galaxy A8s pada 10 Disember 2018, 7 hari lebih awal dari pelancaran Huawei nova 4 di China. Poster tersebut turut membawakan tema Real Galaxy, seakan memberitahu Huawei siapa yang lebih asli.



Dengan pengumuman tarikh ini, maka bolehlah kita menobatkan Samsung sebagai pengeluar pertama dengan skrin Infinity-O di telefon pintar. Tetapi dengan persaingan yang sengit dalam arena telefon pintar, Huawei mungkin akan mengambil langkah luar biasa mendahului Samsung, jika mereka benar-benar mahu menjadi yang pertama.

Khabar angin yang bertiup mengatakan Galaxy A8s akan memiliki skrin Infinity-O berukuran 6.39-inci, dikuasakan cip pemproses Snapdragon 710, RAM 6GB, storan 128GB, kamera depan 24MP bersama tiga kamera belakang dan bateri 3,400mAh. Tiga kamera belakangnya dijangkan memiliki ciri-ciri yang sama dengan Galaxy A7 2018 iaitu lensa ultra lebar, lensa utama dan lensa telefoto.



Tinggal lagi seminggu sebelum kita mendapat maklumat penuh tentang peranti baru Samsung ini. Adakah Huawei akan mengambil langkah drastik untuk mendahului Samsung? Kita tunggu dan lihat.

[Sumber: GSMarena, weibo]

Tags: Galaxy A8ssamsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung lancar Galaxy A8s lebih awal dari Huwei nova 4

Samsung lancar Galaxy A8s lebih awal dari Huwei nova 4

4 December 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN