Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tunai di ShopBack kini boleh ditukar ke mata ganjaran Petron Miles

Baut kaki beli-belah online, pasti anda pernah dengar tentang ShopBack, program tunai kembali (cashback) untuk pelbagai pembelian di platform dalam talian. Majoriti platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, 11street, Zalora, Agoda, Traveloka dan banyak lagi, terdapat di dalam ShopBack di mana ia memberikan pengguna cashback untuk pembelian di sana.

Jika sebelum ini ShopBack menyediakan dua cara untuk menebus cashback yang telah terkumpul, sama ada tunai terus ke akaun bank atau digunakan untuk membayar bil Maxis, hari ini mereka mengumumkan satu cara baru iaitu menukar cashback kepada mata ganjaran Petron Miles. Malah, mata ganjaran Petron Miles juga boleh ditukar kepada tunai di ShopBack.

Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia menjelaskan, kerjasama sebegini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Bilangan pengguna ShopBack yang mengumpul cashback sehingga 5 angka semakin bertambah, kerana rakyat Malaysia semakin mengenali kelebihan cashback melalui ShopBack. Dengan cara ini, ia membeli lebih pilihan kepada pengguna untuk menggunakan cashback mereka yang terkumpul.

Untuk menukar cashback kepada Petron Miles, pengguna hanya perlu pergi mendaftar masuk ke akaun ShopBack, dan pergi ke bahagian Withdraw Balance. Dari situ pengguna boleh memilih antara Bank Transfer, Bill Payment (Maxis) atau Points Redemption (Petron Miles).

Kadar pertukaran ialah RM10 cashback untuk 600 mata Petron Miles, atau RM30 untuk 1800 mata.

Bagi pertukaran mata Petron Miles kepada cashback ShopBack pula, kadarnya ialah 1,000 mata untuk RM10. Pertukaran ini boleh dibuat di mana-mana 620 stesen Petron di Malaysia atau dengan mengisi borang di laman web PMiles.

Mata Petron Miles juga boleh ditebus terus untuk membeli petrol dan barangan di Treats. Ia memerlukan:

  • 450 mata – RM5 petrol
  • 1600 mata – RM20 petrol
  • 3000 mata – RM45 petrol
BACA  Motorola Razr 5G tampil meriahkan segment telefon boleh lipat

Jadi, kalau RM50 cashback ditukar ke 3000 mata Petron Miles, yang kemudiannya digunakan untuk mengisi petrol, anda hanya mendapat petrol bernilai RM45. Kan lebih baik cashback tadi digunakan terus membeli petrol RM50. Lebih teruk lagi di Treats, 3000 mata hanya boleh membeli barangan bernilai RM30 sahaja.

Bagaimanapun, usaha ShopBack bekerjasama dengan Petron ini wajar dipuji kerana membeli lebih pilihan buat pengguna. Mana tahu satu masa nanti, tak sempat nak guna tunai tapi perlu isi petrol kan. Mungkin ini cara yang lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Shopback x Petron Miles.