• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Macam ni rupa Galaxy S10+ dengan 6 kamera?

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 05/12/2018
  • Komen
Macam ni rupa Galaxy S10+ dengan 6 kamera?
Share on FacebookShare on Twitter

Dari beberapa khabar yang telah diterima, Galaxy S10 yang akan dilancarkan tahun depan akan datang dalam empat variasi. Untuk model terbaik Galaxy S10+, ia dikhabarkan akan memiliki sejumlah 6 kamera padanya, dua kamera di hadapan dan empat kamera di belakang.

Tetapi bagaimana rupanya nanti?



Pembocor berita @OnLeaks telah berkongsi gambaran tentang Galaxy S10+ berdasarkan maklumat yang telah diperolehinya. Sebenarnya beliau telah berkongsi satu gambaran lebih awal, tetapi dimaklumkan ia adalah prototaip lama yang telah dibuang dari perancangan. Di bawah ini ialah gambar yang tepat, dengan 4 kamera belakang.

Dari gambaran tersebut, empat lensa kamera di belakang Galaxy S10+ disusun secara mendatar. Rekaan yang sama untuk dwi-kamera belakang Galaxy S9+ dan Galaxy Note9. Susunan ini berbeza dengan Galaxy A9 2018 yang telah dilancarkan bulan Oktober lepas, amat menyerupai susunan kamera iPhone X.



Empat lensa ini dijangka memiliki fungsi yang sama seperti di Galaxy A9, telefon pertama di dunia dengan empat lensa kamera belakang. Lensa tersebut ialah lensa telefoto, lensa utama, lensa ultra lebar dan lensa pengesan tahap kedalaman (DOF).

Untuk warna badan, Samsung kelihatan akan mengikut trend masakini yang dimulakan Huawei, menggunakan warna gradient. @OnLeaks berkongsi salah satu dari warna yang akan diperkenalkan, gabungan putih dan biru. Menariknya, warna ini meliputi belakang dan bingkai di sisi.

Perkara paling ketara dan menonjol adalah kamera hadapan di atas skrin. Menggunakan konsep Infinity-O, skrin ini tidak bertakuk tetapi berlubang di dalam skrin untuk ruang kamera hadapan. Dengan dua kamera hadapan, lubang ini kelihatan terlalu besar.

Tetapi bingkai di tepi skrin kelihatan makin menipis. Begitu juga bingkai di atas, tetapi masih ada ruang yang agak besar untuk bingkai di bawah skrin.

Satu lagi perkara yang boleh dikatakan dari gambaran ini, ialah tiadanya pengimbas capjari fizikal di belakang mahupun di depan. Bermakna, Samsung akan menggunakan pengimbas capjari di atas skrin. Khabarnya, Samsung akan menggunakan pengimbas capjari ultrasonik yang boleh digunakan walaupun tangan basah.

Turut kelihatan di gambar ini ialah masih adanya jek fon kepala 3.5mm di bawah. Ia disusun sebaris dengan port USB-C dan jeriji pembesar suara.

Masih ada lebih dari dua bulan sebelum Galaxy S10 akan dilancarkan. Bagaimana agaknya rupa akhir Galaxy S10 sekeluarga kelak, adakah ia menepati mana-mana maklumat yang telah terbocor seperti di atas? Kita tunggu dan lihat.

[Sumber: 91Mobiles, OnLeaks]

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Macam ni rupa Galaxy S10+ dengan 6 kamera?

Macam ni rupa Galaxy S10+ dengan 6 kamera?

5 December 2018
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN