• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile lancar pelan Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 2:59 pm
  • 05/12/2018
  • Komen
U Mobile lancar pelan Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini melancarkan satu lagi pelan pascabayar tanpa had, Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi berbanding HERO P99. Pelan ini memberikan pengguna internet dan panggilan tanpa had yang sama seperti HERO P99, tetapi dengan lebih banyak tambahan lain.

Dengan pelan HERO P99, pengguna hanya mendapat data hotspot 30GB, strim video kualiti SD dan Roam-Onz ke 12 negara sahaja. Tetapi HERO P139 menambahnya menjadi 50GB data hotspot, strim video kualiti HD dan Roam-Onz Global ke 36 negara, dengan syarat.



Untuk Roam-Onz yang datang bersama pelan HERO P99, ia memberikan 3GB data perayauan luar negara di 12 negara iaitu Australia, Bangladesh, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, Laos, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Tetapi untuk pelanggan pelan HERO P139, mereka akan menerima pelan Roam-Onz Global dengan 3GB data sebulan yang meliputi 36 negara, 12 negara yang disebut di dalam Roam-Onz tadi dengan tambahan negara Amerika Syarikat, Arab Saudi, Austria, Belanda, Brunei, China, Denmark, Ireland, Itali, Jepun, Kanada, Latvia, Lithuana, Mesir, Myanmar, Pakistan, Perancis, Poland, Rusia, Sri Lanka, Sweden, United Kingdom, Ukraine dan Vietnam.



Bagaimanapun tawaran Roam-Onz Global ini hanya untuk mereka yang mendaftar pelan HERO P139 dari hari ini, 5 Disember sehingga 28 Februari 2018, dan untuk 24 bulan sahaja. Satu waktu yang agak lama. Rasanya bila sampai bulan ke-24 nanti, U Mobile dah ada tawaran baru yang lebih baik.

Dalam perbandingan dengan telko lain di atas, U Mobile membandingkan pelan HERO P139 dengan pelan Digi Postpaid 160. Sedangkan Digi mempunyai satu lagi pelan tanpa had, Digi Infinite 150 yang memberikan panggilan dan internet tanpa had, serta hotspot tanpa had juga. Ia juga datang bersama Roam Freedom, pelan perayauan Digi untuk 10 negara Asia. Pilihlah mana yang sesuai untuk anda.

Di majlis pelancaran ini juga, U Mobile memaklumkan mereka sedang meluaskan lagi liputan rangkaian 4G mereka ke seluruh negara. Mereka telah melabur lebih dari RM5 bilion untuk projek ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran baru U Mobile ini, layari laman web Unlimited HERO P139.

Tags: HERO P139u mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
U Mobile lancar pelan Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi

U Mobile lancar pelan Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi

5 December 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER