• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM600 untuk Mi MIX 2 dan MIX 2S di Mi Store Switch Concept

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 06/12/2018
  • Komen
Diskaun RM600 untuk Mi MIX 2 dan MIX 2S di Mi Store Switch Concept
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI: Mi Mix 2 yang ditawarkan dengan diskaun dalam promosi ini ialah model RAM 6GB & storan 64GB.

Hujung tahun sememangnya ada banyak promosi. Ia juga adalah masa untuk penjual menghabiskan stok barangan mereka sebelum masuknya tahun baru. Jika anda mencari telefon pintar Xiaomi, maka anda bertuah kerana Switch mengadakan jualan penghabisan stok untuk tiga model telefon pintar Xiaomi.



Switch merupakan salah satu syarikat yang memiliki beberapa cawangan Mi Stor di seluruh Malaysia. Hari ini, mereka mengumumkan jualan penghabisan stok selama seminggu, dari 7 hingga 15 Disember 2018. Terdapat tiga model telefon pintar Xiaomi ditawarkan, dengan diskaun sehingga RM600. Model tersebut ialah:

  • Mi MIX 2S (6GB/128GB) – RM1,599 RM2,199
  • Mi MIX 2 (6GB/64GB) – RM999 RM1,599
  • Redmi Note 5 (4GB/64GB) – RM629 RM899

Mi MiX 2S adalah telefon pintar berprestasi tinggi. Ia dikuasakan cip Snapdragon 845, dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Skrin nirbingkainya berukuran 5.99-inci, HD Penuh+ dalam nisbah 18:9. Baterinya 3,400mAh, menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui USB-C serta pengecasan pantas wayarles 7.5W.



Mi MIX 2S menampilkan dwi-lensa kamera belakang 12MP, gabungan lensa lebar F1.8 dan lensa telefoto F2.4. Ia memiliki penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi bersama autofokus dwi-piksel yang pantas. Kamera hadapannya 5MP, terletak di bawah skrin.

Mi MIX 2 pula berkuasa sedikit rendah dari MIX 2S. Ia menggunakan cip Snapdragon 835, RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya sama, 5.99-inci HD Penuh+ dengan nisbah 18:9. Baterinya juga 3,400mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 tetapi tiada pengecas wayarles.

Kameranya lensa tunggal di belakang, 12MP F2.0 bersama OIS 4-paksi. Kamera hadapannya 5MP, juga di bawah skrin.

Redmi Note 5 pula ialah peranti kelas pertengahan, antara terbaik pada masanya. Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Snapdragon 636, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Skrinnya berukuran 5.99-inci HD Penuh+ dalam nisbah 18:9.

Bateri besarnya 4,000mAh menjadi kegemaran ramai, dengan sokongan QuickCharge 2.0 melalui port mikroUSB. Kamera belakangnya dwi-lensa, gandingan 12MP F1.9 + 5MP F2.0. Kamera depan pula 13MP bertemankan LED Flash bercahaya lembut.

Ketiga-tiga telefon pintar dengan tawaran diskaun selama seminggu ini, boleh didapati di semua cawangan Mi Store yang diuruskan oleh Switch Concept, iaitu di:

  1. Suria KLCC, Kuala Lumpur
  2. Menara IJM Land, Pulau Pinang
  3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
  4. Prangin Mall, Pulau Pinang
  5. Vivacity Megamall, Kuching
  6. Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

Jika anda memang berminat dengan Mi MIX 2, MIX 2s atau Redmi Note 5, jangan terlepas dapatkannya di Mi Store oleh Switch Concept. Dari 7 hingga 15 Disember sahaja, dan selagi stok masih ada.

[Sumber: Mi Store Switch Concept]

Tags: Mi MIX 2Mi MIX 2Sredmi note 5xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM600 untuk Mi MIX 2 dan MIX 2S di Mi Store Switch Concept

Diskaun RM600 untuk Mi MIX 2 dan MIX 2S di Mi Store Switch Concept

6 December 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN