Akhirnya, Ada Kesinambungan Antara Kad Fizikal & e-Wallet Touch ‘n Go

Jika anda masih ingat, sewaktu Touch ‘n Go memperkenalkan perkhidmatan e-wallet, mereka mempromosikan keupayaan untuk tambah nilai kad daripada e-wallet. Rupa-rupanya ianya indah khabar dari rupa. Tapi kemas kini terbaru daripada mereka ini pastinya menggembirakan anda kerana buat pertama kalinya, anda boleh tambat baki e-wallet anda kepada kad fizikal.

Masih dalam fasa beta, bermula 8 Disember 2018, anda boleh kaitkan kad fizikal Touch ‘n Go kepada e-wallet dan membayar tol di beberapa plaza tol terpilih. Cara operasinya adalah seperti biasa iaitu sentuhkan kad ke mana-mana pembaca Touch n Go di plaza tol yang menyokongnya.

Cara-cara menggunakan e-wallet di plaza tol

Sebagai permulaan, kesemua tol yang menyokong fungsi ini adalah yang terletak di Lebuhraya Duke 1 & 2:

  • Plaza Tol Batu
  • Plaza Tol Ayer Panas
  • Plaza Tol Sentul Pasar
  • Plaza Tol Segambut
  • Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan

Tapi satu penambahbaikan yang boleh dilakukan kelak adalah mempamerkan baki e-Wallet pada paparan plaza tol yang turut menjadi isu kepada pengguna Touch n Go RFID.
Untuk mula menggunakan fungsi baru ini, anda cume perlu muat turun APP Touch n Go di Android atau iOS dan ia boleh menyokong sehingga 3 kad Touch n Go sekali gus.

Perkhidmatan yang disokong e-wallet ini

Tapi anda perlu pastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum melalui tol, jika tidak baki kad fizikal anda akan ditolak dan bukannya eWallet.
Selain membayar tol, eWallet touch n go juga boleh digunakan untuk melakukan transaksi lain seperti:

  • Bayar bil utiliti
  • Beli tiket wayang
  • Tambah nilai prabayar dan pascabayar
BACA  Pelbagai diskaun dan hadiah dari Vivo di Shopee sempena 12.12